Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Demi Masa. . . --->Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - KECUALIi orang-orang yangBERIMAN dan BERAMAL SOLEH, dan mereka pula berPESAN-PESAN dengan KEBENARAN serta berPESAN-PESAN dengan SABAR..
My Fellow Followers..Jom Sertai..
Saturday, May 18, 2013
3 jenis cahaya ketika di Padang Mahsyar
Nanti di akhirat kelak ada 3 jenis cahaya ketika di Padang Mahsyar:
-Cahaya pertama ialah seperti bintang yang berkelip-kelip
-Cahaya kedua ialah seperti bulan purnama yang menerangi malam dan
-Cahaya ketiga ialah cahaya matahari yang bersinar terang serta menyilaukan pandangan
"Cahaya yang berkelip seperti bintang itu ialah wajah orang yang ketika mendengar azan dia terus meninggalkan segala kerja dan urusannya, lalu melangkah untuk segera menunaikan solat."
"Cahaya yang terang seperti bulan purnama itu ialah wajah orang yang mengambil wuduk sebelum azan berkumandang."
"Dan wajah yang terang benderang seperti cahaya matahari itu ialah wajah mereka yang telah pun berada di dalam masjid sebelum masuknya waktu azan."
*mana pilihan kita? ^_^ kita sndri tentukan. . .
-Cahaya pertama ialah seperti bintang yang berkelip-kelip
-Cahaya kedua ialah seperti bulan purnama yang menerangi malam dan
-Cahaya ketiga ialah cahaya matahari yang bersinar terang serta menyilaukan pandangan
"Cahaya yang berkelip seperti bintang itu ialah wajah orang yang ketika mendengar azan dia terus meninggalkan segala kerja dan urusannya, lalu melangkah untuk segera menunaikan solat."
"Cahaya yang terang seperti bulan purnama itu ialah wajah orang yang mengambil wuduk sebelum azan berkumandang."
"Dan wajah yang terang benderang seperti cahaya matahari itu ialah wajah mereka yang telah pun berada di dalam masjid sebelum masuknya waktu azan."
*mana pilihan kita? ^_^ kita sndri tentukan. . .
Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya
Adalah dikisahkan… pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia.
* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Subscribe to:
Posts (Atom)