My Fellow Followers..Jom Sertai..

Tuesday, April 10, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

WANITA PERTAMA MASUK SYURGA YANG MENTAATI SUAMINYA

Gambar Hiasan Sahaja



Suatu hari puteri Nabi SAW. Fatimah Az Zahra ra. bertanya kepada Rasulullah SAW. Siapakah wanita pertama yang memasuki syurga setelah para “Ummahatul mukminin” setelah para isteri – isteri Nabi SAW…. Rasulullah bersabda: Dialah MUTIAH.

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam, dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang wanita dari kalangan orang kebanyakan (orang biasa) yang pertama akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas ia menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”

Friday, February 3, 2012

BAGAIMANA MENGIRIM DUIT 50 RINGGIT KE KUBUR?










~ Kisah Kasih Hari Ibu ~

Lima puluh ringgit bukanlah banyak.

Kalau mahu dibelanjakan di gedung besar nilainya terlalu kecil hampir tidak punya erti.

Kalau mahu bersantapan enak di hotel berbintang-bintang, itu mimpi namanya.

Di gerai jalanan mungkin boleh kenyang tapi kalau di restoran hawa dingin mungkin cuma dapat memuatkan perut tiga empat orang.

Jangan ambil udang atau ketam!

Begitulah kecilnya lima puluh ringgit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...