My Fellow Followers..Jom Sertai..

Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Erti Cinta








Oleh : Hafdine Marissa

“Dr? Saya balik dulu. Kunci ada kat laci depan,”

Emir panggung kepala daripada helaian rekod pesakit yang telah dirawatnya sepanjang hari ini.

“Okey Su. Thanks ye?” Segaris senyuman dihulurkan kepada nurse itu.

“Assalamualaikum Dr!”

“Waalaikumusalam,”

Sepi. Kemudian terdengar bunyi pintu kaca berlaga. Emir pasti Suraya sudah pergi. Cermin mata yang bergayut pada batang hidungnya yang mancung itu ditarik perlahan. Dia meletakkan cermin mata tanpa bingkai itu di atas himpunan kertas yang menggunung. Kemudian, lengan baju kerjanya yang panjang dilipat sehingga ke paras siku. Kedua-dua belah matanya dipisat-pisat, supaya hilang rasa mengantuk yang sudah menguasai pancainderanya itu.

Emir merapatkan batang tubuhnya pada kepala kerusi. Otot-ototnya direnggangkan. Tengkuknya dipusing perlahan bagi menghilangkan kesengalan yang beraja. Sejak operasi klinik tamat jam 6 petang tadi, Emir memulakan tugas hariannya itu. Pandangannya menghala ke arah jam yang melekat pada dinding yang dicat biru itu. Isyak sudah menghampiri. Maknanya sudah hampir 2 jam dia memeriksa rekod-rekod yang banyak itu.

‘MashaALLAH! Maghrib aku!’

Bergegas Emir ke bilik air yang terletak di hujung laluan. 5 minit kemudian, Emir sudah berada kembali di biliknya. Dengan penuh khusyuk dan tawaduk, Emir mengangkat takbir. Bersedia untuk mengabdikan diri kepada Khaliknya.

Awak Terlalu Baik Untuk Saya









Oleh : Alva Farira (The Owner Of This Story)

Alasan ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’, satu alasan yang agak popular dan selalu digunakan di kalangan muda-mudi tidak kira perempuan mahu pun juga lelaki untuk menolak cinta seseorang atau pun meninggalkan kekasih mereka. Adakah benar mereka tidak mahu pasangan yang baik buat diri mereka? Adakah seseorang itu perlu menjadi jahat supaya diterima cinta mereka? Hanya mereka yang memberi alasan tersebut sahaja yang tahu.

Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Aina yang telah ditinggalkan oleh kekasihnya dengan memberikan satu alasan yang berbunyi ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’. Alasan itu membuatkan fikirannya timbul bermacam-macam pertanyaan serta seribu satu persoalan. Johar, seorang jejaka yang datang dari keluarga yang agak berada tetapi agak sederhana sahaja rupa parasnya juga sering menjadi mangsa ditolak cinta oleh gadis-gadis yang ingin didekatinya dengan alasan yang sama juga. Pertemuan di antara mereka berdua pada suatu hari telah membuahkan satu persahabatan yang erat di antara mereka berdua, lebih-lebih lagi mereka berdua pernah merasai pengalaman ditolak cinta dengan alasan yang sama iaitu ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’.

Sejauh manakah Aina & Johar dapat mencari erti & memahami maksud yang tersirat di sebalik ayat hikmat tersebut yang menjadi igauan dan mempengaruhi kehidupan mereka berdua? Serta berjayakah mereka berdua menemui cinta sejati yang menjadi dambaan mereka selama ini……?!

——————-

“Awak terlalu baik untuk saya….,”

Kedengaran seorang lelaki telah mengucapkan ayat tersebut kepada kekasihnya ketika kedua-dua mereka sedang berbual-bual di bawah sebuah pokok besar tepi tasik bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Berbual sambil menikmati keindahan tasik tersebut.

“Razzi, apa yang awak cakapkan ni, saya benar-benar tak faham?,” tanya gadis yang menjadi kekasih kepada lelaki bernama Razzi itu.

“Aina….,”
Kedengaran sebak dan tersekat-sekat suara Razzi ketika menyebut nama kekasihnya itu.

“Kenapa ni Razzi, apa yang awak nak cakap sebenarnya?,” tanya Aina kepada Razzi. Kata-kata Razzi tadi membuat dirinya berasa benar-benar bingung dan pelik, kenapa tiba-tiba sahaja teman lelakinya itu berkata sedemikian?

“Saya rasa sampai di sini sahajalah perhubungan kita. Apa-apa pun saya tak sanggup tengok awak sedih sebab awak terlalu baik untuk saya. Awak carilah lelaki lain yang lebih baik daripada saya,” jawab Razzi kepada Aina.

“Awak…. apa awak cakap ni…. saya tak faham langsunglah dengan awak ni?!,” tanya Aina yang nampak kehairanan.
Rasa hairan dan bingung Aina semakin bertambah-tambah apabila mendengarkan kata-kata Razzi itu tadi. Seribu satu persoalan pasti hinggap di fikiran Aina ketika ini. Apa yang membuatkan Razzi tiba-tiba melafazkan kata-kata yang bukan-bukan kepada Aina? Kata-kata yang agak abstrak dan sukar difahami maksudnya.

Saturday, January 28, 2012

Luangkan Masa BerSama Anak2Mu







Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.

“Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. “Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

“Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. “Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.” Rengek Serena enggan mengalah. “Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..” “Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!” Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

“BUDAK INI?..!!!” Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!” saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?








Seorang pengarah yang berjaya, jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh. Seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.

Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!

Friday, January 27, 2012

Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya







Bahagia itu milikku jua akhirnya
Bibir tak perlu lagi berbicara…bila hati telah mula berkata-kata…
Aku cinta padamu…
“Ana nak jumpa nti malam nanti di blik gerakan.” Tegas suaranya di telingaku. Sedetik itu, hatiku bersuara, siapa dia untuk memberikan kata berbaur arahan padaku? Dia bukan Presiden yang ku hormati, dia juga bukan ahli Exco yang mengepalai biro di mana aku ditugaskan.
“Nti dengar tak?” ah, suara itu lagi.
“Ana dengar.” Ringkas jawapanku, mengharapkan dia terus menamatkan panggilan itu.
“Kita jumpa malam nanti.” Serentak itu, tanpa salam mahupun kata tamat, dia mematikan talian. Aku termanggu, benarkah ini Faqih Sufiyyan yang aku kenali?
Aku mengenali Faqih Sufiyyan bin Fauzi sewaktu aku masih di bangku sekolah. Dia antara mujahid yang disegani di sekolahku tika itu. Perjuangannya bersama sahabat-sahabat yang lain sangat dikagumi. Siapa yang tidak mengenali ahli usrah Ustaz Hadi. Nama-nama itu terus gah meniti di tiap bait bibir sesiapa sahaja yang berada di sekolah itu. Faqih Sufiyyan, Abu Khair, Khairuddin, Khairul Hidayat, Muharram…dan aku hanyalah seorang insan yang hanya mampu memandang mereka dari jauh. Bukan tidak pernah sahabat-sahabat ku yang lain mengajak aku menyertai mereka, namun tika itu, tidak pernah terdetik walau sekali di hatiku untuk bersama mereka, sama-sama memartabatkan syiar Islam di sekolah. Ah, aku masih terlalu muda waktu itu…masih terlalu naif…tambahan pula bila aku baru sahaja menjejaki sekolah itu. Setelah aku kehilangan umi dan abuya di dalam sebuah kemalangan jalan raya, aku dipindahkan ke sekolah ini oleh ibu saudaraku. Katanya aku perlukan pembaharuan. Katanya jua aku perlu mencari diriku sendiri yang telah hilang, bersama-sama perginya umi dan abuya. Tuhan…aku rindukan mereka…

Hilangnya Kasih Suci








Oleh : Miqael Arshad

MASIH terasa rindu padanya. Masih terasa hangatnya cinta tatkala bermandikan kasih di ruang hati dan perasaan. Hari ini aku kembali sepi. Hidupku ini bagaikan tidak bermakna lagi dan alam ini dirasakan begitu gelap. Sepiku di sini dengan siulan keresahan dan selalu menadah gerimis di tengah lautan. Terpancar seribu kedukaan pada cahaya bulan. Redupnya sinar itu seperti mengerti aku yang ketandusan harapan.

Saat ini ingatanku kembali pada apa yang telah berlaku terhadap diriku… terhadap cintaku… sukar untuk aku melupakan semua itu apatah lagi untuk memadamkannya terus dari kotak fikiran. Ia tidak mudah. Ia terlalu sukar. Aku lemah tanpa suaramu sayang…

Aku termanggu sendiri memandang skrin komputerku. Mataku tertancap tepat pada setiap baris-baris ayat yang ku bina di kala otak ini ligat membacanya semula berulang kali.

Hatiku menangis… kenapa? Hati aku sedih juga kenapa? Semuanya kerana cinta… aku cinta dia.. aku sayang dia! Ah!!

Batinku menjerit sekuat hati. Meraung dan menangisi sebuah kehilangan. Apa sudah jadi pada diriku yang begitu mengharap akan ada lagi insan sepertinya. Akan wujud lagikah seperti dia?

Tiga tahun aku kehilangan cinta sejatiku, aku sendiri. Tiga tahun yang lalu aku menyemai kasih bersamanya, kini aku juga sendiri. Selama tiga tahun itu juga aku bersamanya, aku rindu pada tutur bicaranya.Telinga ini dahagakan panggilan darinya. Mengapa aku rindu? Kenapa? Inikah cinta? Memang!!

Kenangan itu terus menerpa. Segala-galanya berputar bagaikan sebuah filem. Aku dan dia sedang bersama berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Di petang itu aku teringatkan dia. Di petang itu aku menangis sendu kerana wajahnya bermain di mata. Aku ke pantai mengamati kenanganku bersamanya. Di malam ini aku menulis cerita tentangnya.

Kala di persisiran pantai yang indah dengan deruman sang ombak mendamaikan. Di senja itu amat cantik melihat matahari terbenam. Romantik aku rasakan. Sememangnya aku adalah seorang lelaku yang romantik. Aku tahu tentang harga diriku walaupun dia sudah tiada di sisi namun kasihnya seakan ada. Ku kuntumkan sebuah kerinduan untuk sang kekasih yang telah membuatkan aku tersenyum dan sedih.

Di situ tersimpul kenangan antara aku dan dia. Di situ juga aku bertemu dengannya. Di situ juga aku menatap wajahnya. Wajah ayunya membuai perasaanku. Suaranya… menggetarkan seluruh jiwa ragaku. Di sini juga ianya berakhir pertemuanku dengan dirinya.

Angan Si Baju Putih








Jam menunjukkan 6.45 pagi. Kelihatan semua pelajar jururawat sedang bergegas untuk segera sampai ke wad masing-masing bagi melunaskan tugasan latihan mereka. Keadaan di hospital sememangnya sibuk kerana hospital tersebut merupakan salah satu yang terbesar di negeri tersebut. Pada waktu sebegini, semua pelajar jururawat termasuklah jururawat terlatih sibuk bertukar syif. Dan aku merupakan salah seorang pelajar jururawat yang bertugas pada pagi ini.

“Eh, mana pen hitam aku ni. Tadi ada ja sebelum naik bas. Ni mesti kau yang ambil kan Fatin. Cepat pulangkan. Tak pun aku gigit jari kau,” ngomel aku pada pagi itu.

“Apasal aku pulak. Kau tu la. Semalam bagi orang pinjam lepas tu lupa nak ambil balik. Senang-senang pulak tuduh aku. Kau tu pun sama, kedekut nak beli banyak,” marah Fatin,teman sekumpulan aku ni.

“Ala, ni ha. Dah jumpa. Maaf Fatin. Suka ja tuduh kau. Hehe..bukan apa, ni memang sengaja. Hehe, sorry,” saje pulak aku buat lawak.

“Hantu la kau ni. Dah jom ambil report patient. Hari ni mesti banyak benda nak kena settle yang semalam pun belum siap lagi. Jom cepat,” arah Fatin.

“Ok. Jom cepat. Eh, Dr Khairul la. Alamak, pagi-pagi nampak dia dah. Handsome pulak tuh. Pakai kemeja biru. Ni yang bagi semangat ni. Spirit.. Give me a spirit ok Dr,” mula dah rasa menggedik dijiwaku.

“Apa la kau ni Alisa. Cakap macam tu. Apa kau ingat Dr tu nak pandang kau ke? Kalau kau comel sangat-sangat pun, takkan dia nak pandang budak baju putih macam kita ni. Ala setakat student macam kita ni ape la sangat. Dah tu dari semester 4 lagi kau suka dia. Tapi hampeh..,”tegur Fatin

“Tak apela. Angan-angan je nak kahwin dengan doctor. Lagipun suka je, tak pa ka? Macam aku tak hafal nama Dr Khairul Adib Ramli tu..ingat ni sejak semester 4 dulu..Hehe,”aku membalas dengan memberi reason taw. Memang betullah aku ni gedik!!

“Ha awak berdua borak apa lagi kat sini. Pergi cepat ambil report sana,”jelas satu suara lantang milik jururawat yang bertugas pada pagi itu. Mencabar juga ya profesion ni. Ini baru pelajar je, bukan dah bekerja. Alamat macam mana la bila dah graduate nanti. Sekarang bolehlah terhegeh-hegeh,nanti kau dah tak ada mase dah nak menggedik macam tu Alisa oii.

Waktu berlalu begitu pantas. Seperti biasa aku dan beberapa rakanku daripada kumpulannya sudah menyelesaikan beberapa tugasan sedari awal pagi tadi. Jam di dinding wad sudah menunjukkan 12.30 petang. Hanya setengah jam lagi waktu makan tengahari. Aku pun tergesa-gesa menyiapkan tugasan.

“Lisa, kau dah ambil ke tahap glukos pesakit yang katil 17 tu? Nampak macam belum lagi kan?,”Tanya Fatin.

“Sekejap weh. Ni aku nak buat laporan dalam fail kuning ni. Tunggu kejap, aku pergi dekat katil pesakit tu.”

Aku segera ke katil pesakit tersebut dan..

“Awak, Alisa, mana laporan tahap glukos pesakit ni? Saya nak diagnosis tahap diabetes dia ni. Tak ada pun. Do it now dan tolong cepat sikit,” kata Dr Khairul yang memamng muka dia tengah serius. Macam nak marah aku pulak. Sabar dulu beb!

“Baik Dr,” balas Alisa dengan sopan sesopannya. Ayu sungguh sifatku yang ‘bertopeng’ sebentar tadi. Malu-malu tertunduk pula. Memang sengaja malu atau sebaliknya, tak dapat nak diinterpretkan. Hehe.

Setelah selesai menyiapkan laporan tersebut, aku segera menyerahkan laporan tahap glukos pesakit tersebut kepada Dr Khairul.

“Terima kasih ye dik. Nasib la hari ni saya ok. Lain kali buat kerja tu jangan lengah sangat ye. Saya lagi banyak nak kena buat report dalam wad ni,”ucap Dr Khairul yang memang marah aku la ni. Hurm..

Memang meningkatkan tahap darah. Ingat nak ucap terima kasih lebih-lebih sikit kat aku tadi. Tapi, kena sindir, lagi suka ke? Sakit hati betul. Dah tu monyok muka ni sampai tak nak makan tengahari.

“Korang pergilah makan. Aku tak lapar pulak.”

“Pulak dah. Tadi kau tu yang sibuk sangat nak makan awal. Tu lar, sekali kena perli dengan doktor kesayangan kau tu, ha ambil kau. Tak nak makan dah,” bebel Shapiqah.

“Jomlah Lisa. Teman aku makan erk. Jomla, ala jangan la macam ni. Kau ni Piqah. Slow sikit mulut kau tu. Dah jom kita pergi,”Fatin segera memujuk aku yang tengah kebengangang selepas kena tegur tadi untuk turut sama menikmati makan tengahari. Aku pun ikut je lah diaorang pergi makan walaupun selera makan dah berubah.

Selesai makan, kitaorang pun cepat-cepatla menggerakkan langkah kaki kembali ke Wad Puteri. Keadaan di perkarangan hospital memang sibuk. Laluan pejalan kaki seperti tidak pernah wujud. Kenderaan banyak yang lalu-lalang. Pemandu pun sama mementingkan diri. Namun berlaku satu kejadian di hadapan koridor laluan utama hospital tersebut.

“Apa ni bro? !!! tau la kau pakai kereta besar. Tak payahla nak tunjuk berlagak parking kat sini. Dah tu tak nak mengaku pula kau dah ambil parking aku ni,”jerita satu suara pemuda yang kelihatannya memang dingin dengan pemuda yang satu ni.

“Sorry encik. Saya nak cepat ni. Nanti lambat pula. Saya ada banyak lagi kerja ni. Saya rasa encik boleh lagi cari parking lain kat sini. Saya pergi dulu la,”kata satu suara lagi.
“Eh, tu macam Dr Khairul kau je Alisa. Apa masalah dia sampai lelaki sorang lagi tu mengamuk. Macam nak ajak gaduh je. Jom kejap kita pergi tengok,” kata Shapiqah.

“Ha la kan, jom weh, macam kecoh je,”aku pun cepat-cepat nak pergi tengok. Yelah kan, nak tolong putera la konon.

Mereka menuju ke tempat kejadian. Nampaknya ramai yang pergi untuk menyaksikan kejadian itu. Mungkin Dr Khairul terpaksa memakirkan kereta dia kat situ. Al maklumlah doctor yang berdedikasi dan handsome nyer..nyampah pun ada kau ni. Ape lar..Dan keadaan semakin kecoh. Aku pun terkejut jugak bila tengok kejadian macam ni. First time ni. Dah tu Dr Khairul ade pulak kat situ.

“Kau ingat pakai Mazda 3 kau ni, senang je ke nak ambil parking aku ha? Baik kau ubah cepat kereta kau kalau ta…..,”pemuda tersebut mula naik panas

“Tunggu dulu encik,jangan kecoh macam ni,”aku pun saje gatal cuba tolong mententeramkan keadaan. Dalam hati,eh Dr Khairul ni macam takut je. Aku pulak berani sakan ni.

“Hei, kau sape erk? Budak-budak lagi dah nak menyibuk hal aku,”marah pemuda itu pada aku. Aik, sedap pulak marah aku. Siap panggil aku budak lagi. Apa la kau ni ‘pemberontak’. Tak nampak ke aku pakai lawa-lawa hari ni. Sedap sesedap mi segera je panggil aku macam tu. Ni memang nak kena ni.

Dan….

Senyuman Terakhir







Kali pertama kami bertemu tiada langsung niat untuk mengenali antara satu sama lain. Dia dengan halnya, aku dengan hal aku. Namun kerana statusnya sebagai seniorku terpaksa juga aku mengenali dirinya. Izam, itulah panggilanku kepadanya dan nama itu juga yg terpahat di hati setelah hampir 2 tahun usia pengenalan kami. Izam seorang lelaki yg simple, sejuk mata memandang dan paling aku suka, dia tak pernah lekang dgn senyuman manisnya. Mungkin keramahannya yg membuatkan kami semakin rapat, ya antara kami sudah tiada rahsia. Izam dan maira..

Hari ini kuliahku tamat agak awal jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu izam di kafe, ada sesuatu yg ingin kuberi kepadanya memandangkan hari lahirnya yg bakal menjelang. Aku tahu terlalu awal untuk hadiah itu namun aku tetap ingin menghadiahkan izam sesuatu. Hampir 5 minit kemudian izam tiba dgn senyuman manis terukir di bibirnya.

“Assalamualaikum..sorry ye wak, saya ada hal td..” Dia mengambil tempat di sebelahku, perlahan aku menjawab salamnya.

Aku mengambil bungkusan di dalam beg lalu kuserahkan kepadanya. Raut wajah izam agak panik, digaru-garu kepalanya yg tak gatal.

“Erk..apa ni wak? “
“Untuk awk la..saya kasi wak, tgk la suka ke tak”
Dahi izam berkerut-kerut namun jarinya pantas mengoyak balutan hadiah itu. Kemudian dibukanya kotak kecil yang berbentuk hati. Matanya bersinar cerah, lantas dikeluarkannya jam tangan hadiah pemberianku itu.
“Ya Allah..maira! ini jam hari tu kan? Awak, jam ni kan mahal. Kalau awak guna duit tu utk belanja kan lebih baik..”
“Suka tak?”

Aku cuba menduga. Itulah jam tangan yg paling diminati izam, namun disebabkan kekurangan wang dia tidak jadi membelinya. Ketika itu kami keluar untuk membeli barang-barang keperluan rumah, aku dan izam masing-masing menyewa di luar kampus jadi kami sering mengambil kesempatan utk keluar bersama.

Izam menggangguk kecil. “Suka, tp kurang suka awk bazirkan duit utk saya. Well, jam ni utk apa? Birthday saya lambat lagi, bulan depan la maira..”
Aku tersenyum memandang gelagat izam. Sememangnya dia begitu, selalu berpesan agar aku berjimat cermat. Katanya, dia sudah rasa bagaimana susahnya utk mendapatkan wang, keluarganya sederhana sahaja namun kaya dgn kasih sayang. Bagiku, bukankah itu lebih berharga?

Kerana Kau Mata Hatiku





Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm…sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!

Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga…siapa tahu.

Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam…masin… manis…semua ada!

Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa… seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.

Ina o Ina










"abg... tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Cinta seindah langit











Oleh Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop

RUMAH banglo dua tingkat. Angin bertiup menyapa balkoni. Panas petang terasa-rasa. Ain menyelak helaian demi helaian novel yang ditatap sejak pukul tiga tadi. Diletakkan sebentar di atas meja. Merehatkan mata. Ain mendepang tangan. Mengeliat. Rambut yang terurai dihembus lembutnya angin.

“Ain, ada surat untuk Ain.”

Ain menjengah ke bawah. Kelibat posmen bermotosikal merah baru sahaja berlalu. Yanti menunjuk-nunjuk sesuatu yang berada di tangannya. Surat untuk akukah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...