My Fellow Followers..Jom Sertai..

Sunday, January 29, 2012

Erti Cinta








Oleh : Hafdine Marissa

“Dr? Saya balik dulu. Kunci ada kat laci depan,”

Emir panggung kepala daripada helaian rekod pesakit yang telah dirawatnya sepanjang hari ini.

“Okey Su. Thanks ye?” Segaris senyuman dihulurkan kepada nurse itu.

“Assalamualaikum Dr!”

“Waalaikumusalam,”

Sepi. Kemudian terdengar bunyi pintu kaca berlaga. Emir pasti Suraya sudah pergi. Cermin mata yang bergayut pada batang hidungnya yang mancung itu ditarik perlahan. Dia meletakkan cermin mata tanpa bingkai itu di atas himpunan kertas yang menggunung. Kemudian, lengan baju kerjanya yang panjang dilipat sehingga ke paras siku. Kedua-dua belah matanya dipisat-pisat, supaya hilang rasa mengantuk yang sudah menguasai pancainderanya itu.

Emir merapatkan batang tubuhnya pada kepala kerusi. Otot-ototnya direnggangkan. Tengkuknya dipusing perlahan bagi menghilangkan kesengalan yang beraja. Sejak operasi klinik tamat jam 6 petang tadi, Emir memulakan tugas hariannya itu. Pandangannya menghala ke arah jam yang melekat pada dinding yang dicat biru itu. Isyak sudah menghampiri. Maknanya sudah hampir 2 jam dia memeriksa rekod-rekod yang banyak itu.

‘MashaALLAH! Maghrib aku!’

Bergegas Emir ke bilik air yang terletak di hujung laluan. 5 minit kemudian, Emir sudah berada kembali di biliknya. Dengan penuh khusyuk dan tawaduk, Emir mengangkat takbir. Bersedia untuk mengabdikan diri kepada Khaliknya.

=========================================================

“AMIN amin, ya rabbal alamin!”

Selesai berdoa, Emir berteleku di atas sejadah. Bibirnya dibasahkan dengan zikrullah. Hujan lebat yang menggila di luar mendatangkan persekitaran yang sejuk di bilik rawatan itu. Sungguh nikmat rasanya. Emir berterusan berzikir sementara menunggu laungan azan Isyak berkumandang dari masjid berdekatan.

“Tolong! Ada orang tak kat dalam? Tolong!”

Sayup kedengaran suara di luar. Emir masih berzikir namun pendengarannya difokus ke luar. Namun bunyi guruh yang saling berdentum ditambah dengan bunyi hujan yang lebat, Emir menyerah! Pasti suara itu hanya bayangannya.

“Tolong! Ada doktor tak kat dalam ni? Tolong! Ada kecemasan ni!”

Ketukan halus pada daun pintu kaca menarik perhatian Emir. Cermin matanya dicapai. Benar, klinik ini sudah ditutup. Tapi ini tugasnya sebagai doktor! Dia harus membantu!

Di luar pintu, Emir mendapati 2 orang lelaki sedang memapah seorang perempuan yang terkulai layu antara mereka. Emir ke kaunter untuk mengambil kunci. Sebaik daun pintu ditarik Emir, kedua-dua lelaki tersebut terus menerpa ke dalam.

“Dr! Tolong perempuan ni!” ujar salah seorang daripada mereka.

“Kenapa dengan dia?” Emir memandang susuk tubuh yang dipegang kedua lelaki itu. Fizikalnya seperti tiada apa yang serius. Cuma dahi dan mulutnya yang terluka dan berdarah!

“Tiba-tiba aje dia melintas. Saya tak sempat nak tekan brek. Tengok-tengok dia dah jatuh. Saya risau kalau-kalau saya memang terlanggar dia,” terang lelaki yang memakai topi merah itu. Temannya menggangguk setuju.

“Letakkan dia kat bilik ni,” Emir menolak pintu bilik rawatan 3 yang menjadi biliknya sejak dia bertugas di sini.

Sebaik rambut panjang yang menutupi keseluruhan wajah gadis itu terselak, Emir tergamam.

“Hasya?”

“Dr kenal dengan perempuan ni?”

Angguk. “Dia kawan saya,” Emir berpaling ke arah mereka. “Dia pengsan dari tadi ke?”

“Baru je lagi Dr. Masa saya bawak dia tadi, dia sedar lagi. Dah sampai kat simpang depan tu, dia pengsan,”

Emir mengerti. “Terima kasih sebab dah bawak dia ke sini. Nasib baik abang tak tinggalkan dia kat tepi jalan aje dalam hujan lebat macam ni,”

“Alah Dr. Dah memang saya yang langgar dia, takkan saya nak biar aje dia macam tu,”

“Erm…maaf saya bertanya. Ada antara abang yang bawak isteri atau anak perempuan?”

“Kenapa pulak Dr?”

“Saya sorang-sorang kat sini. Nurse pun dah balik. Saya nak ada sorang perempuan kat sini kalau tak saya bawak dia pergi klinik lain sebab saya tak boleh nak rawat dia kalau takde muhrim dia,”

“Kejap Dr. Saya panggil isteri saya kat kereta,” abang bertopi merah berlalu.

EMIR membasuh tangannya di bilik sebelah setelah selesai mencuci luka di bibir Hasya. Mujur saja lukanya tidak terlalu dalam sehingga memerlukan jahitan. Hanya luka di dahi yang mendapat 2 jahitan kerana lukanya yang agak serius.

“Dr? Hasya dah sedar,” suara Kak Ema kedengaran di pintu.

Emir memandang sekilas ke belakang. “Okey kak,”

Hasya memaniskan mukanya apabila Emir melangkah masuk. Dia membetulkan duduknya. Rambut yang panjang lurus diikat kuda.

“Sya okey?” Emir merapati katil.

“Okey. Tapi pening sikit. Macam mana Mir boleh jumpa Sya?”

“Orang yang langgar Sya bawak Sya datang sini. Mir pun terkejut tengok Sya tadi. You scared me to death you know?” Redup saja pandangan Emir.

Hasya menyengih. “I’m sorry. Next time Sya tak buat dah,”

“I’ll be keeping your words. Please make sure of it,”

“Okey! Hm…dah pukul berapa ni? Kenapa Mir kat klinik lagi?”

Emir membelek jam tangannya. “Pukul 9.30. Tadi masa Abang Rizal bawak Sya, Mir memang dah nak balik. Ingat lepas Isyak baru Mir balik. Nasib baik Mir kat klinik lagi,”

Angguk. “Sorry sebab Sya dah susahkan Mir. And thank you for this. Sya balik dulu ye?” Hasya mengalihkan kakinya ke bawah.

“Sya dah makan ke?”

“Belum,”

“Kita pergi makan lepas tu Mir hantar Sya balik. Okey?”

“Tak susahkan Mir ke?”

“Pernah ke Mir rasa Sya menyusahkan Mir?” soalan dibalas soalan juga.

Hasya angkat bahu. “Sya tak tahu apa yang Mir rasa,”

Emir tersenyum. Dia meninggalkan Hasya dan bergerak ke meja kerjanya. Stateskop yang tergantung di kolar bajunya diletak dalam laci. Kunci keretanya juga diambil. Dia memandang Hasya. “Shall we?”

Mereka berdua beriringan keluar, mendapatkan Rizal, isterinya Ema dan teman mereka, Amar. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka bertiga meninggalkan Emir dan Hasya. Emir menyuruh Hasya menunggu di dalam kereta sementara dia mengunci pintu klinik. Hujan masih lebat seperti tadi. Langsung tiada tanda-tanda akan berhenti.

“Sya nak makan apa?” Emir mengelap wajahnya yang basah terkena titisan hujan tadi apabila melangkah. Cermin matanya yang basah juga dilap.

“Sya tak nak makan. Mir boleh hantar Sya balik tak?”

“Tapi Sya kan belum makan? Mir janji, lepas makan, Mir hantar Sya balik,”

“Baju Sya basahlah Mir. Macam mana nak pergi?” Hasya memberi alasan lagi. Dia memang tidak punya mood untuk makan pada masa sekarang. Dia hanya ingin pulang!

Emir akui kata-kata Hasya ada juga benarnya. Kesian juga dia melihat gadis itu yang jelas tidak selesa dengan keadaannya sendiri.

“Mir hantar Sya balik. Tukar baju lepas tu Mir bawak Sya pergi makan,”

Hasya ingin menolak lagi.

“Tak. Sya tak boleh cakap tak nak. Sya kena ikut Mir. Okey?”

Dengan berat hati, Hasya mengangguk.

EMIR membawa Hasya ke sebuah restoran tomyam di kawasan Sungai Besi. Sebaik pesanan mereka diambil oleh pekerja restoran, Emir mula menyerang Hasya dengan soalan.

“Kenapa Sya berhujan? Kereta Sya mana?”

“Kereta Sya masuk workshop semalam,”

“Then, where were you from?”

“Sya jumpa kawan tadi. Nak balik naik cab. But the cab was across the road. Sya tak perasan pun kereta Abang Rizal masa nak melintas tadi because it was raining cats and dogs,”

“Gugur jantung Mir tadi bila tengok Sya yang pengsan. Nasib baik luka tak teruk sangat. Macam mana kalau Sya parah tadi?”

“I’d rather die, Mir,” Hasya menggumam. Perlahan.

“Pardon me?”

Hasya menggeleng, tersenyum. “Nasib baik Mir ada,”

Emir pula menggeleng. “Nasib baik ALLAH ada,”

Hasya hulur senyuman lagi.

Pesanan mereka tiba. Emir menghulur nasi goreng patayya yang dipesan buat Hasya. Selesai membaca doa makan, Emir terus menyudu nasi daging merah kegemarannya. Membau aroma pesanannya itu sudah cukup membuat volume keroncong di perut Emir semakin kuat. Lapar!

Hasya memandang saja jejaka kacak di depannya itu. Laju Emir menyudu makanannya. Pandangannya turun ke pinggan yang mengandungi menu yang dipesan Emir untuknya. Dia baru ingin menyuap sesudu apabila tiba-tiba aje tekaknya terasa kembang semacam. Dia menelan liur berulang kali untuk menghilang rasa mual itu.

“Kenapa Sya?” Rupanya tingkah Hasya diperhati Emir.

Menggeleng-geleng. Hasya mengurut tengkuknya. “Sya okey. Mir makanlah. Sya nak pergi toilet kejap,”

Emir memandang langkah laju Hasya ke bahagian belakang restoran tersebut. Lepas sesuap lagi, Emir merasa tidak sedap hati. Dia akhirnya ke bilik air.

Hasya berkumur bagi menghilangkan bau masam setelah muntah-muntah tadi. Wajahnya turut dibasahkan untuk kelihatan lebih segar. Hasya merenung wajahnya di dalam cermin. Perlahan, tangannya menyentuh perutnya.

“Saiz pun sesuai dengan usia dia. 3 minggu,”

Sudah 3 minggu perutnya berisi tanpa dia sedari. Baru hari ini dan 2 hari yang lepas, dia terbangun kerana terasa sebu padahal malam sebelumnya dia hanya menjamah 2 keping roti bakar. Selepas memuntahkan segala isi perutnya, ulu hatinya terasa pedih. Puas disapu segala jenis minyak namun semuanya tak berkesan. Lantas, dia menelefon setiausahanya mengatakan dia MC.

Hasya langsung tidak menyangka petangnya akan berakhir sebegitu. Kata-kata yang diucapkan oleh doktor perempuan itu bagaikan belati tajam yang menusuk sehingga ke dasar hatinya.

“Sya? Sya okey tak?”

Hasya mengesat air matanya. Dia tidak boleh membiarkan Emir tahu tentang hal ini. Ini harus menjadi rahsia antara dia dan Khalif saja. Emir tidak boleh tahu!

Pintu bilik air ternganga. Hasya memaniskan mukanya apabila berhadapan dengan Emir yang berwajah tegang.

“Kenapa? Mir nak guna toilet jugak ke?”

“Are you hiding something from me, Sya?”

“Taklah. Apalah Mir ni? Sya okey je. Mir ni yang risau tak tentu pasallah,” Hasya cuba berlagak selamba. Dia mula bergerak. Belum sempat dia melangkah lagi, lengannya. ditarik lembut oleh Emir.

“Mir kenal Sya. Mir tahu Sya ada problem. Kenapa tak nak Mir tahu?”

“Mir, Mir. Apalah yang Mir merepek ni?” Hasya melarikan matanya daripada Emir. Dia tidak mahu kebohongannya dapat dikesan Emir.

Emir benar-benar merasa tidak puas dengan jawapan yang diberikan Hasya. Di luar bilik air tadi, jelas pada pendengarannya Hasya sedang muntah-muntah. Kemudian, terdengar pulak esakan halus. Kerana kulit Hasya yang cerah, dia dapat melihat merona merah pipi Hasya. Pasti gadis itu sedang menghadapi masalah yang berat.

“Sya ikut Mir!”

Terpinga-pinga Hasya dibuatnya apabila lengannya ditarik Emir.

========================================================

EMIR memberhentikan BMW X5 nya di hadapan rumah teres 2 tingkat yang disewa Hasya di kawasan Bandar Tasik Selatan. Lampu dan enjin kereta dibiarkan hidup. Dia tidak mahu kalau ada jiran yang nantinya memikirkan perkara yang bukan-bukan.

“Okey. Sekarang Mir nak Sya cerita semua. Everything that I should know. Mir tahu, Sya ada problem sekarangkan?”

Berair mata Hasya mendengar kata-kata Emir. Ternyata hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka selama 13 tahun mendatangkan tuah buat Hasya kerana mendapat seorang sahabat yang begitu memahaminya. Tidak pernah Hasya sangka lelaki yang dikenalinya sejak Tingkatan 4 itu menjadi temannya yang paling rapat selain Adelia. Hasya bangga kerana dia tidak salah memilih Emir untuk menjadi temannya.

Cuma, langkahnya dalam memilih kekasih, ternyata memakan dirinya sendiri. Khalif Zuhri. Lelaki yang ditemui sewaktu mereka sama-sama menghadiri satu kursus anjuran Bank Negara tahun lepas. Tempoh 2 bulan berkursus bersama merapatkan mereka berdua. Daripada hanya bergelar teman, status itu berubah menjadi kekasih. Hanya Frah, teman rapatnya di pejabat saja yang tahu tentang semua itu. Pada Emir tidak diceritakan perihal yang satu itu. Emir baginya terlalu bersikap protective. Dia tidak mahu hal itu akan menambah lagi kawalan Emir terhadap hidupnya. Dia juga ada privasi yang harus Emir hormati!

Hubungannya dengan Khalif berjalan lancar. Dia merasa sangat senang dengan Khalif yang serba serbi lengkap. Sikap dan juga sifatnya. Tambahan, Khalif mempunyai segalanya yang patut dimiliki oleh seorang lelaki berusia 30 tahun. Sehinggakan, Hasya sering kali mengharapkan hubungan antara mereka akan pergi lebih jauh. Mungkin sehingga ke jenjang pelamin!

Dan kerana impian itulah, kerana harapan agar termeterainya ikrar rasmi yang suci, hidupnya hancur! Setelah puas dipujuk Khalif, akhirnya Hasya tewas. Dia juga tidak dapat menahan dirinya. Mereka akhirnya terlanjur. Namun bagi mereka berdua, itu adalah cara bagi mereka membuktikan cinta mereka. Betapa hebatnya cinta mereka. Kerana itu jugalah, setiap kali mereka bertemu, mereka pasti akan melakukan perkara terkutuk itu.

Dan 2 hari yang lepas, seakan 7 petala langit menghempap dirinya setelah dia mendapat khabar itu. Dia mengandung! Kata-kata yang diucapkan oleh doktor muda itu bagaikan halilintar membelah dirinya. Ucapan doktor yang selebihnya hanya dibiarkan bagai angin lalu. Otaknya tepu secara tiba-tiba!

Antara mana percubaan yang terkena sedangkan mereka berdua selalu menggunakan perlindungan? Itu soalan yang berulang kali ditanya pada diri sendiri. Patutlah pun sudah sebulan haidnya lewat sedangkan putaran kitarannya memang tetap setiap bulan. Dan patutlah juga dia merasa ada yang aneh dengan tubuhnya. Mual-mual, pening kepala, keseluruhan badannya merasa sakit-sakit. Dirinya sudah didatangi sintom-sintom ibu mengandung!

Selepas memikirkan baik buruk keputusannya, Hasya menetapkan masa untuk bertemu dengan Khalif, petang tadi di tempat biasa mereka. Dan ternyata, pertemuan itu membawa kepada satu kebenaran pahit yang harus ditelan Hasya. Kebenaran yang hampir membuat Hasya ingin mencabut nyawanya sendiri setelah mendengar kata-kata Khalif. Dia benar-benar rasa ingin mati…

==========================================================

“ARE you sure itu anak I? Bukan anak orang lain?” selamba Khalif berkata demikian. Roman wajahnya menunjukkan tiada langsung rasa bersalah kerana telah menghamili anak orang.

Hasya memandang dengan rasa tidak percaya. Dia memusingkan tubuh Khalif untuk memandangnya. “Demi ALLAH Khalif, ini anak you! I tak pernah curang belakang you. Tolonglah jangan cakap macam tu!”

Khalif mencebik. “Yelah. Manalah tahu kalau kot-kot selama ni belakang I, you dengan laki lain pulak. I mana tahu you buat apa belakang I,”

“Sumpah demi ALLAH, I yakin ni anak you. Dengan you sorang je I pernah buat tu semua. Please Khalif! Tolong jangan cakap yang bukan-bukan. You do know the truthkan?” bersungguh-sungguh Hasya menyakinkan Khalif.

“Okey okey. I percaya. So, sekarang you nak suruh I buat apa?”

Hasya memeluk Khalif. Khalif membuat muka bosan tapi tidak disedari oleh Hasya. “Kita kahwin? You tunaikan tanggungjawab you pada I dan anak kita? Bolehkan?”

Khalif geram. Mahu saja dia menampar perempuan yang ada dalam pelukannya itu. Bercakap ikut sedap mulut saja. Nak mati kena sembelih dengan mummy kalau dia berkahwin dengan Hasya!

Hasya anak kebanyakan, seorang yatim piatu manakala dia berketurunan bangsawan. Mahu agaknya segala harta-harta yang menjadi miliknya ditarik kembali oleh daddy. Oh, dia tak sanggup!

“Okey. I boleh kahwin dengan you. Tapi, dengan syarat,”

“Syarat?”

“You kena gugurkan baby tu. Baru I kahwin dengan you!”

Pang!!!

Terasa pijar pipi Khalif akibat tamparan seorang perempuan. Dia memegang pipi kirinya. Mungkin lebam pipinya!

“You ni kenapa? Mak bapak I pun tak pernah nak tampar I, you tahu tak! You sape nak tampar I?” terjegil biji mata Khalif. Dia memegang kedua-dua tangan Hasya.

“I selalu dengar orang cakap yang you ni kaki perempuan. Tapi I tak percya sebab I rasa I boleh ubah you. tapi sekarang ni, I pun tak tahu macam mana I boleh percayakan you!!!”

Khalif ketawa terbahak-bahak. Dia melepaskan tangan Hasya.

“Aku tak pernah suruh pun kau percayakan akulah. Kau je yang dari dulu terhegeh-hegeh nak kat aku. Hidup aku ni, kalau orang nak bagi, aku tak tolak sebab mana tahu kita nak dapat lagi tak lain kali. Memang masa mula-mula dulu, aku yang mintak. Tapi lepas tu, kau yang nak. Aku ikut je apa yang kau nak. Takut kau kempunan pulak nanti,”

Tangan Hasya hampir naik buat kedua kalinya, namun Khalif lebih pantas daripadanya. Hasya ditolak sehingga jatuh terduduk di atas tanah.

“Hei perempuan! Kau dengar sini ye! Aku tak nak ada kena mengena dengan kau ataupun dengan anak kau tu! Kalau kau nak aku bertanggungjawab, kau gugurkan dulu kandungan kau atau kau orang boleh pergi mampus!” Khalif menunjuk jari telunjuknya betul-betul di depan mata Hasya. Dia tidak peduli jika ada mata yang memandang. Perempuan ini harus diajar terlebih dahulu!

“Istighfar Khalif. You tak boleh buat I macam ni. I sayangkan you. I nak kahwin dengan you. I nak jaga anak kita ni. I nak jaga dia dengan you,”

“Peduli apa aku dengan angan-angan kau tu! Syarat aku senang aje. Kalau kau nak, aku on je. Kalau kau tak nak, aku pun tak paksa. Kau boleh berambus dari hidup aku!” Khalif memegang kedua-dua belah pipi Hasya.

Wajah Hasya sudah basah. Rasa perit pada pipinya tidak diendahkan. Perit lagi rasa hatinya pada ketika itu!

“Tolong jangan tinggalkan I, Khalif! I tak boleh hidup tanpa you. I sayangkan you!”

Tanpa berfikir panjang, wajah Hasya ditampar Khalif. Hatinya benar-benar panas!

“Mulai hari ini, hubungan kita putus! Kau jangan nak cari aku lagi lepas ni. Kalau aku nampak muka kau lepas ni, nahas kau aku kerjakan! Ingat cakap aku ni Sara!” Khalif menolak lagi tubuh kurus itu. Dia berlalu.

Hasya mengangkat wajahnya. Dalam kekaburan penglihatannya, sorot pandangnya masih mengikut langkah Khalif. Dia mahu memanggil lelaki itu tetapi dia tahu, lelaki itu tetap tidak akan berpaling. Khalif benar-benar sudah meninggalkan dirinya tanpa mahu bertanggungjawab…

“Sya? Sya dah sampai mana? Mir tanya Sya dari tadi, tapi Sya tak jawab pun,” Emir memetik-metik jemarinya di depan mata Hasya.

Hasya tersedar. Tubir matanya yang berair dikesat dengan tapak tangan. Dia memandang Emir yang sememangnya tampak tidak sabar dengan sikapnya yang cuba untuk mengalihkan tumpuan lelaki itu daripada mengetahui masalahnya.

“Sya tak ada problem. Mir je yang risau tak tentu pasal,”

“Sya masih tak percayakan Mir ke? Sya masih anggap Mir orang luar dalam hidup Sya ke?”

“Ya ALLAH Mir! Kenapa cakap macam tu? Sya dah anggap Mir macam abang Sya sendiri. Sya pun dah tak ada sapa-sapa dalam hidup Sya,”

“Kalau Sya anggap Mir abang Sya, kenapa Sya tak nak share masalah Sya dengan Mir? Kenapa nak sorok daripada Mir?” Emir menekan Hasya lagi. Dia sudah terlalu memahami seorang Hasya Maisara. Perempuan itu pasti akan meluahkan segalanya apabila dia berterusan ditekan.

“It’s complicated Mir! Very complicated! Sya memang tak boleh nak bagitahu Mir!” air mata Hasya merembes keluar.

“Mir kecewa dengan Sya,” Emir menghulur tangan sehingga ke pintu penumpang. Engsel pintu ditarik. “Sya nak balikkan tadi? Sya baliklah. Mir tak nak tanya Sya apa-apa lagi. Suka hati Syalah,”

Tangan Emir dipegang Hasya. “Mir, Sya minta maaf tapi Sya memang tak boleh nak bagitahu Mir. Ni hal peribadi Sya. I’m truly sorry,” Hasya melepaskan tangan Emir. Dia turun dari kereta Emir. “Assalamualaikum,” Pintu kereta Emir dilepas perlahan.

Emir bungkam dalam dalam keretanya. Dia menunggu sehingga Hasya memasuki rumahnya, barulah X5 hitamnya meluncur laju. Kecewa!

============================================================

PANGGILAN telefon yang diterima daripada Farah sebentar tadi membuat jantungnya berdegup laju. Secepat mungkin dia cuba melangsaikan segala pekerjaannya. Panggilan telefon itu benar-benar membuat dia tidak senang duduk!

Tepat jam 6, Emir sudah pun berada di dalam X5 nya. Selalunya, waktu-waktu begini, lalu lintas di kawasan itu memang sesak. Mujur dia hanya perlu ke Bangsar. Tidak perlulah dia menempuh kesesakan lalu lintas yang menggila itu.

Kakinya yang panjang benar-benar membantu Emir untuk bergerak dengan lebih cepat lagi. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan perempuan itu sejak pertemuan terakhir mereka kira-kira sebulan yang lalu. Memang terasa hati namun bukan sikapnya untuk merajuk sebegini lama dengan teman-teman sendiri. Dia memang ingin menghubungi Hasya namun tuntutan kerjanya lebih penting!

Dia akui, jikalau dia menekan lagi, pasti dia sudah tahu masalah yang sedang dihadapi oleh Hasya. Hasya juga kebiasaannya bukan seperti itu. Selalunya, semua masalah akan dikongsi bersama supaya mudah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Tapi kali ini, Hasya berubah!

Emir menolak daun pintu perlahan. Walaupun Hasya membelakanginya, Emir tahu itu Hasya. Dia terlalu kenal…

“Assalamualaikum Sya,” lembut suara itu memberi salam membuatkan Hasya terfikir adakah dia sedang bermimpi.

“Mir ada kat sini Sya,”

Hasya masih menghadap tingkap. Mematungkan diri. Emir merapati kerusi yang bertentangan dengan Hasya. “Sya okey?”

“Sapa yang bagitahu Mir, Sya ada kat sini?”

“Farah. Farah call Mir tadi,”

“Mesti Mir dah tahu semuanya, kan? I know what you’re thinking, Mir. Mesti Mir fikir, how disgusting I am. Betapa rendahnya maruah Sya. Mir mesti jijik nak pandang Syakan? You were forced to be here, don’t you? You’re not sincere being here, am I right?”

“Sya, kenapa Sya mesti fikirkan yang buruk-buruk je pasal Mir? I’m here because I want to. No one is forcing me to do. Mir risaukan Sya. Salah ke Mir nak visit kawan Mir sendiri so?”

“Tapi Sya kotor Mir! Sya tak nak Mir kawan dengan Sya Mir kesiankan Sya. I don’t deserve you as my friend,” pipi yang tadinya kering, kembali basah. Kali ini Hasya tidak mempunyai apa-apa upaya untuk menghalang. Kudratnya seolah-olah telah hilang.

“Syhhh…,” Emir menolak ke belakang rambut depan Hasya. “Sya jangan nak mengarut. Mir tak pernah pilih kawan-kawan Mir. Mir kawan dengan semua. And I’m very fortunate to have you as my friend. And now, if you don’t mind, can I know the truth?”

Pada mulanya, Hasya keberatan. Namun apabila renungannya berlaga dengan anak mata Emir, dia tahu. Seorang Emir Firdaus bukanlah seperti seorang Khalif Zuhri. Seorang Emir Firdaus mengerti keadaan seorang Hasya Maisara. Seorang Emir Firdaus pasti dapat membantu dalam masalah ini…

“SYA tak mintak banyak dari dia, Mir. Sya mintak dia bertanggungjawab je. Tapi dia tak nak! Dia suruh Sya gugurkan anak kami tapi Sya tak nak! Sya tak nak tambah dosa lagi. Sebab tu dia tinggalkan Sya,” air mata menjadi pengiring cerita Hasya. Segalanya diceritakan kepada Emir. Dari detik pertama dia mengenali Khalif sehinggalah insiden di lake garden hari itu. Dia mahu Emir tahu semua itu!

“And today, what happened today?”

“He came to see me at the office this morning. Dia cakap offer yang dia bagi kat Sya dulu dah tak laku. He is getting married in 2 months time. Dia suruh Sya lupakan dia. Sya sedih sangat Mir! Sya lari masuk toilet tapi lantai tengah licin and I slipped. Nasib baik yang jumpa Sya tu Farah,”

Emir menghela nafas. Dia benar-benar tidak terkata…

“Sya faham kalau sekarang Mir dah mula rasa jijik pada Sya. Sya tahu sekarang ni Sya tak ubah macam bunga yang dah layu. Sya tak salahkan Mir kalau Mir nak putuskan persahabatan kita,”

Emir menggeleng-geleng. “Sya memang tak pernah kenal Mir kan? Sapa Mir nak menghukum Sya kalau tuan hakim yang kat atas lebih berkuasa untuk mengadili Sya. Mir pun macam Sya, manusia biasa je.

“Tapi Mir terkilan sangat sebab Mir orang terakhir yang tahu pasal ni. Sampai hati Sya sorokkan semua ni daripada Mir. Sya memang tak pernah anggap Mir ni kawan Sya agaknya,” suara Emir benar-benar seperti orang yang berjauh hati.

“Sya malu Mir! Malu nak bagitahu Mir. Sya…,”

Emir meletakkan jarinya di bibir Hasya. “Say no more, Sya. Enough of all this! Mir just nak tahu, Sya still sayangkan laki tu?”

“Sumpah Mir! Sayang Sya untuk Khalif dah mati sejak Khalif mintak Sya untuk gugurkan baby Sya. Tapi sekarang, Sya bersyukur sangat sebab Sya keguguran. Sya lagi rela hilang anak ni daripada nanti dia hidup, dihina, dicaci. Sya tak sanggup. Sya relakan pemergian anak Sya,”

“Sya?”

“Kenapa Mir?”

Emir gelabah secara tiba-tiba. Bilik 149 seakan-akan berwap sehingga berpeluh-peluh Emir dibuatnya.

“I’m not sure whether this is the right time. Tapi Sya, I’ve been thinking about this for quite sometime. And after what happened to you lately, I need to act fast. I can’t afford losing you, Sya”

Hasya memandang wajah Emir dalam-dalam. Degupan jantungnya semakin melaju. Dia tidak tahu apa yang bakal dikatakan oleh Emir tapi dia pasti ia satu hal yang serius.

“Mir sebenarnya dah lama sayangkan Sya. Tapi Mir takut nak berterus-terang. Mir nak buktikan pada Sya yang Mir boleh jaga Sya through all times. ALLAH tahu niat Mir baik, sebab tu dia tolong Mir untuk dapatkan Sya. Mir dah fikir masak-masak Sya,”

“Mir nak kahwin dengan Sya!”

Hasya diam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia memusingkan tubuhnya ke arah lain.

Emir tergamam melihat tingkah Hasya. Dia mencapai lengan Hasya untuk menghalang perempuan itu berpaling.

“Tolong jangan diam Sya. Please say something,”

Hasya geleng. “Tolong jangan rendahkan lagi maruah Sya. Mir tak boleh buat macam ni,”

“Tak Sya, Mir ikhlas buat semua ni. Mir memang sayangkan Sya. Mir sayangkan Sya sejak dulu lagi! Sejak dulu, Mir tahu Mir memang nak Sya. Cinta Mir untuk Sya dah lama ada! Please Sya, please! Bagi peluang pada Mir untuk buktikan kasih sayang Mir memang ikhlas. Mir tak main-main, Sya,” bersungguh Emir cuba menyakinkan Hasya.

Hasya kembali diam.

“Sya? Mir tahu perasaan Sya sekarang ni. Mir faham,”

“Tak Mir. Mir tak faham! Sya sedar siapa Sya. Sya dah kotor, Mir! Mir berhak dapat perempuan yang lebih baik daripada Sya. Tolong jangan buat Sya rasa yang Sya perlukan simpati daripada Mir. I can go through this by myself, Mir,”

“But I want to go through this with you, Sya! I want to! I’ll help you Sya. I’ll lend you my shoulders for you to cry on. I’ll be everything that you need to move on,”

Hasya sudah menangis teresak-esak. Memang seorang Emir Firdaus seorang yang sangat baik. Dan dia, seorang Hasya Maisara tidak mempunyai hak untuk memalit lumpur pada nama seorang Dr Emir Firdaus. Biarkan hanya dia yang menanggung semuanya!

“Sya,” Emir mengesat air mata Hasya dengan jarinya. “Mir nak Sya. I want to be by yourside forever. Tolong Mir untuk bahagiakan Sya,”

“Sya tak boleh Mir. Sya tak nak jadi beban Mir,” tersekat-sekat Hasya menutur kata.

“Sya boleh! Mir percaya Sya boleh. Mir tak akan pernah anggap perempuan yang Mir cinta satu beban untuk Mir. But I’ll make sure you’ll be happy when you’re with me. No more tears okay?” Emir kesat lagi air mata yang dirasa terlalu berharga itu.

Hasya mati akal untuk membidas kata-kata Emir lagi. Setiap yang diungkapkan, begitu meruntun hatinya. Jejaka itu tahu bagaimana keadaan hatinya. Tahu bagaimana hendak membuat supaya Hasya tidak ragu-ragu lagi. Memang itu sifat seorang Emir Firdaus sejak mereka berkawan. Kerana itu dia sangat senang bersama jejaka itu. Sejak dulu lagi. Hanya jejaka itu yang tahu segalanya tentang dia. Hanya seorang saja…

“Mir?”

Emir bermain dengan rambut depan Hasya. “Hm…”

“Mir tak akan kecewakan Sya kan? Macam Khalif?”


“Tak Sya. Mir tak akan kecewakan Sya!”

“Mir akan tolong Sya?”

“Through ups and downs. I’ll never let go of your hands,” janji yang diucapkan di bibir, tetap terbias pada renungan Emir. Seolah seluruh tubuh Emir sudah terikat pada janji yang satu itu.

“Sya dah tak ada siapa-siapa lagi Mir. Tolong jangan tinggalkan Sya nanti,”

“Sya ada Mir dan Mir hanya akan hidup bila Sya dekat dengan Mir,”

“Betul?”

Emir merendahkan kedudukannya untuk menjadikan pandangan mereka setara. Dia duduk di atas kakinya.

“True and always will be,”

Sedikit sebanyak Hasya dapat menghela kelegaan. Dia tahu, di hatinya masih belum ada perasaan cinta buat Emir. Tapi tiada salahnya mencuba kerana dia tahu, lelaki itu mencintainya. Bukankah lebih baik menerima cinta orang yang menghulur salam cinta daripada mengejar orang yang kita cintai?

“Sya tak boleh janji banyak Mir. Tapi Sya akan cuba. Mir boleh sabarkan?”

Emir mengerdip mata sekali. “Mir bagi Sya masa sampai Sya betul-betul bersedia,”

Hasya menarik nafas, dalam-dalam.

“Bila?”

HASYA menutup daun pintu. Wajahnya berpaling ke arah katil. Sekujur tubuh yang diselimuti selimut tebal sedang nyenyak tidur. Hasya merapati.

Semalam, dia sah bergelar isteri kepada Dr Emir Firdaus di rumah pak longnya. Hanya dengan sekali lafaz berwalikan pak longnya, mereka sudah bergelar suami isteri. Memandangkan Hasya tidak mempunya ibu bapa lagi, pak long sekeluarga menyediakan segalanya buat Hasya. Hasya hanya melakukan kenduri doa selamat. Baru hari ini mereka diraikan sebagai pengantin baru di rumah keluarga Emir di Seri Kembangan.

Hasya benar-benar bersyukur kerana mama dan papa Emir menerimanya ke dalam keluarga mereka. Memang dari dulu lagi Hasya rapat dengan keluarga Emir. Mama Emir juga menyenangi Hasya. Kerana itu apabila Emir meminta mereka untuk meminang Hasya, mamanya sedikit pun tidak terkejut.

Mata Hasya menjelajah keseluruhan wajah Emir. Kulit Emir cerah. Secerah kulitnya. Kedua belah mata Emir tidak terlalu besar. Keningnya berbentuk cantik. Hasya menyentuh hidung mancung Emir. Turun ke bibir merah jejaka itu.

Selama mengenali Emir, Hasya tidak pernah mengagumi kekacakan jejaka berkelulusan dari Ireland itu. Profesion Emir sebagai doktor lebih membuat Hasya menghormati jejaka itu. Salah satu sebab Hasya berteman dengan Emir juga kerana sikap dan sifatnya yang begitu sempurna.

Tapi ketika ini. Dia seakan terpukau! Dia terpegun dengan kekacakan suaminya ini. Terasa begitu dekat kedudukan jejaka ini dalam hatinya. Dia seakan jatuh hati…

Semuanya semakin jelas. Perasaan Emir padanya memang tulus dan ikhlas. Dia dapat melihat itu sepanjang majlis akad nikah semalam. Saat Emir melafazkan Qabul, Hasya seakan-akan dapat merasai kehangatan Qabul itu menjalar ke seluruh urat sarafnya. Emir tidak bermain dengan janjinya!

Sewaktu Emir mampir untuk upacara membatal air sembahyang, Hasya tidak tahu mengapa detak jantungnya melaju sedangkan dia tidak pernah merasai semua itu ketika bersama Khalif mahupun ketika masih berkawan dengan Emir. Kucupan pertama Emir pada dahinya menyedarkan satu perkara yang pasti kepada Hasya…

Emir tesedar apabila terasa seperti ada sesuatu yang bermain dengan bibirnya. Dia memandang ke kanannya dan terkejut mendapati Hasya ada di situ.

“Sya?”

Hasya terpegun, disapa begitu lembut oleh Emir. Seram sejuk tubuhnya!

“Sorry! Sya kacau Mir tidur ke?”

“Tak lah. Mir ingat ada semut tadi. Sya dah nak tidur ke?”

“Kenapa?”

“Sorry Mir tertidur. Mir penat sangat. Ingatkan nak lelap sekejap sebelum Sya masuk,” Emir mencapai cermin mata di meja sisi katil. “Sya nak tidur, tidurlah,”

“Mir nk pergi mana?” tanya Hasya, pelik.

“Mir tidur kat sofa je. Sya tidur kat atas ye?”

Hasya menggigit bibirnya. Dia merasa bersalah. “Mir, Sya…”

“Not tonight. Sya penat. Mir pun penat. Mir tak nak paksa Sya. Mir pun dah cakap yang Mir bagi Sya masa sampai Sya betul-betul bersedia. Sya jangan risau, okey?” Emir memegang wajah Hasya, perlahan dan lembut. Mereka saling berbalas pandangan yang hanya difahami mereka.

“Sya nak cakap yang Sya…”

“Mir tahu Sya nak cakap apa,” Emir memotong lagi kata-kata Hasya. “Demi ALLAH, Mir tak kisah. Jangan paksa diri, okey sayang?”

‘Sayang? MashaALLAH Hasya. Dia panggil kau sayang…’

“Mir tidur dulu. Assalamualaikum,”

Secara spontan, Emir mengucup dahi Hasya buat kedua kalinya dalam tempoh 2 hari. Hasya terpempan.

“Waalaikumussalam,” Hasya menjawab perlahan.

Emir senyum. Dia mengambil sebiji bantal dan berlalu ke sofa. Meski tidak selesa, tapi dia akan tetap memegang pada janjinya untuk tidak memaksa Hasya menerimanya dalam hidup perempuan itu. Dia percaya semua ini akan berakhir mengikut aturan waktu. Dia percaya semua itu. Dan sementara dia menunggu semua itu, sofa berkepala 2 inilah yang akan menjadi alas tubuhnya untuk beradu sehinggalah mereka berpindah ke rumah baru yang telah dibeli Emir di kawasan Tropicana.

Emir merasa baru saja matanya lelap apabila suara Hasya menyerunya perlahan.

“Abang…abang?”

‘Abang? Aku tak salah dengar ke? Sya ke yang panggil aku tu?’

“Abang?”

‘Eh! Memang suara dia! Hasya panggil aku abang?’ sempat lagi Emir berfikir dalam lenanya.

Hasya hampir berputus asa. Dia tidak tahu apa sebabnya tapi dia teringin sangat memanggil Emir dengan panggilan itu. Dia mahu tunjukkan pada Emir rasa hormatnya dengan memanggil Emir, abang.

“Kenapa Sya?”

Hasya alih pandangannya. Dia cuba mengukir senyuman buat pandangan seorang suami. “Sya dah fikir hal yang abang cakap hari tu. Dan Sya rasa…”

“Sya, dengar Sya panggil Mir abang pun Mir dah bersyukur sangat. Mir tak pernah nak paksa Sya lebih-lebih pun. Mir faham dengan perasaan Sya sekarang ni…” Hasya pantas menekup mulut Emir lembut.

“Sya tak tahu pulak abang ni banyak cakap. Kalau dulu yang banyak bercakap kan Sya? Abang selalunya diam aje. Sekarang ni pulak abang banyak cakap kan? Sya nak cakap pun abang asyik potong je. Macam mana abang nak tahu apa yang Sya rasa kalau abang je yang bercakap,”

Emir menolak perlahan tangan Hasya. Kata-kata Hasya seperti satu tanda tanya dalam mindanya. “Mir tak nak Sya terus bercakap kalau apa yang Sya nak cakap nanti akan melukakan hati Mir,”

“Abang,” Hasya semakin selesa dengan panggilan itu di bibirnya. Dia memegang wajah Emir. Jemarinya dilalukan pada rambut Emir yang ikal tapi tampak segak dalam keadaan pendek dan kemas. “Sya bukan macam perempuan lain yang boleh berpuitis. Abang pun kenal Sya kan? Dan abang sepatutnya dah boleh faham apa yang Sya nak sekarang,”

“Apa yang Sya nak?” Emir masih belum dapat menangkap maksud kata-kata isterinya itu. Sumpah! Otaknya sudah terlalu letih untuk berfungsi pada waktu-waktu begini.

Hasya mulai ragu-ragu. Namun bukankah sinar mata Emir sudah cukup untuk menyakinkan segalanya? Hasya mendekatkan dirinya pada Emir yang berbaring. Bibir Hasya kini tidak berapa jauh daripada telinga Emir.

“Sya nak abang dalam hidup Sya. Sya nak abang tahu yang Sya pun sayangkan abang,” perlahan namun membara kata-kata itu dirasakan Emir. Seperti kata-kata itu telah diukir pada dinding telinganya.

“Sya? Betul ke ni?” Emir menegakkan badannya. Bahu Hasya dipegang. “Sya tak tipu Mir kan?”

“I’ve never been this serious. I’m serious with all my decisions including this, bang,” Hasya mengusap wajah Emir.

“Tapi, kenapa Sya?”

“Sebab Sya bodoh. Sya tak tahu siapa untuk Sya. And I know now that you are mine. Since then, now and InsyaALLAH later on. Sya tak nak sia-siakan apa yang ALLAH dah bagi pada Sya. I wanna grow old with you. Sya sayangkan abang!”

Emir tidak memerlukan kata-kata lain setelah Hasya mengungkapkan ayat keramat itu. Yang dia tahu, setelah tubuh Hasya diraih ke dalam pelukannya, hanya kebahagiaan yang akan mereka rasai. Sehingga ke akhir hayat mereka.

===========================================================

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN…

HASYA meletakkan briefcase nya di atas kabinet. Tudung di kepala juga ditarik dan diletak di situ. Kakinya dihayun ke arah ruang tamu. Skrin TV yang sedang memaparkan dokumentari hidupan laut menjadi gelap setelah Hasya menutupnya. Hasya bersimpuh di tepi sofa.

Diam tak diam, sudah hampir 3 tahun dia hidup bersama lelaki itu. Dalam bersama melangkah merentasi masa, perasaan Hasya pada lelaki itu juga semakin kuat. Kalau dulu, dia hanya sayang. Tapi kini, dia sudah mula menyintai dan semakin sayang! Lelaki itu yang dulu bergelar teman dan tidak pernah bergelar kekasih pada dirinya, telah membuktikan janji-janjinya sepanjang mereka bergelar suami isteri.

Hasya mengelus wajah suaminya yang sedang enak tidur. Sehari tidak bertemu dengan wajah kesayangannya itu, hidupnya memang tidak lengkap. Kehangatan lelaki itu yang diperlukan untuk memanaskan hatinya yang beku itu. Atas sebab itu, mereka tidak pernah berpisah untuk masa yang lama kerana masing-masing tidak dapat untuk menanggung beban rindu yang sungguh menyeksakan itu.

Sentuhan Hasya beralih ke satu tubuh kecil yang juga sedang tidur beralaskan dada Emir. Berulang kali dia mengingatkan suaminya, tidak sesuai untuk si montel itu tidur dalam posisi seperti itu dan setiap kali itu jugalah suaminya akan membalas dengan mengatakan tubuh itu juga selesa untuk terus berada di atas dadanya. Terkadang, cemburu juga dia melihat si kecil itu nyenyak di atas dada suaminya. Sepatutnya dada itu hanya menjadi miliknya. Bukankah sepatutnya begitu?

“Eh, Sya dah balik? Tak dengar bunyi kereta pun,” Emir tiba-tiba terjaga. Berbalam-balam pandangannya kerana masih mengantuk.

“Syhhh…abang ni! Nanti Esya terjagalah,”

“Hmm…dia penat sangat hari ni. Lepas abang balik tadi, abang bawak dia pergi playground. Orang dah mula dapat kaki, berlari je lah kerja dia,” jemari Emir bermain dengan pipi tembam si kecil.

“Sorry bang! Sya memang nak balik awal tadi tapi banyak lagi report yang belum siap. I had to stay back,” Hasya memandang Emir.

“Kan Sya dah call abang tadi? Kenapa nak cakap lagi? Sya ni pun,”

“Hmm…Sya dah makan? Abang ada beli nasi goreng tadi. Ke Sya nak makan luar?”

Hasya menyengih. “Belumlah bang. Sya malaslah pulak nak keluar. Sya makan je lah nasi goreng tu. Tapi Sya nak mandi dululah. Nanti abang temankan Sya makan ek?” Hasya mengucup pipi Emir. Tersenyum Emir dibuatnya.

“Okey. Pergilah dulu. Abang nak letak Esya kat bilik,”

“Takpe lah bang. Biar Sya yang bawak dia. Sya nak gomol dia puas-puas sebab Sya tak jumpa dia satu hari ni. Rindu betul kat budak tembam ni!” Hasya mengangkat si kecil daripada tubuh sasa Emir. Pipi tembam anak itu dicium-cium lagi bagi melepaskan rindu.

Esya Nur Amani. Permata hati mereka berdua itu dilahirkan sekitar bulan September tahun lepas setelah setahun mereka berdua menjadi suami isteri. Betapa Emir tidak menyangka dia akan mendapat seorang anak secepat ini daripada Hasya. Selama mereka berkahwin, hubungan mereka berdua semakin rapat. Selama itu juga, dia mula mengenali sisi lain seorang Hasya Maisara. Kiranya, tempoh selama mereka berkawan memang tidak cukup untuk mengenali isterinya itu. Hasya memang seorang yang istimewa setelah Emir memahaminya. Dia tahu, keputusannya mencintai Hasya adalah suatu yang tepat kerana akhirnya, dia yang menjadi pemilik hakiki hati seorang Hasya Maisara.

Terkadang, terlintas di fikiran Emir, atas dasar apa dia mencintai isterinya itu. Sedangkan dulu, hubungan mereka semata atas nama persahabatan, tidak pernah lebih daripada itu. Sebetulnya dulu, dia lebih menyenangi teman Hasya, Adelia yang juga bergelar teman kepadanya. Cuma dia tidak berpeluang untuk mengucapkan perasaan yang terbuku di hatinya kerna sebaik mereka menghabiskan SPM mereka, Adelia berpindah ke Johor mengikut bapanya yang berpindah ke sana. Sejak itu, Emir tidak pernah mendengar sebarang khabar daripada Adelia dan kelamaan, perasaan itu semakin menghilang…

Mereka semakin dekat dek merasa kehilangan. Hasya kerana kehilangan teman baik, manakala Emir kerana kehilangan cintanya. Masa lenggang yang banyak setelah tamatnya SPM membuat mereka menghabiskan masa bersama. Ke mana saja mereka berdua, sehinggakan mereka mengambil keputusan untuk bekerja di kedai yang sama selama 3 bulan.

Memang! Hubungan mereka memang rapat! Rapat sehingga benar yang dikata Emir pada waktu itu, perasaan cinta itu memang sudah lama ada sejak dulu. Cuma waktu itu Emir terlepas pandang! Dia hanya menyedari perasaan indah itu apabila Hasya mula menjauh daripadanya. Mulanya dia mengira Hasya menjauh kerana sibuk bekerja. Rupanya, wanita itu sudah mula jatuh cinta dengan lelaki lain sehingga akhirnya merubah kehidupan wanita yang dicintai itu…

Bunyi pinggan berlaga di dapur mengheret Emir ke realiti. Dia bangkit.

“Abang!” adu Hasya manja apabila pinggangnya diraih dari belakang.

“Ye Sya,” ketinggian Emir yang jauh lebih tinggi daripada Hasya menyebabkan kepala Hasya mengenai dadanya. Dia tunduk, mengucup rambut lurus Hasya yang basah. Wangi!

“Janganlah kacau Sya. Sya nak siapkan meja,”

Emir mengeratkan pelukannya. “Kejap je. Abang rindukan Sya,”

Hasya gelak kecil. “Nak bodeklah tu,”

“Sya?”

“Hmm…”

“Sya tak rindu abang ke?”

Hasya menghentikan perbuatannya. Dia memusingkan tubuh kurusnya untuk berdepan dengan suaminya itu. Kedua-dua tangannya memegang wajah lelaki kesayangannya itu. Pandangan mereka saling berlaga.

“Not a second pass without me missing you,”

Emir tersenyum. Puas. Dia mendekatkan lagi tubuh isterinya pada tubuhnya. Bibirnya mengucup hujung hidung isterinya yang mancung itu.

“Abang pun rindukan Sya. Each milliseconds too,”

“Sya tahu,”

Emir angkat kening. “Mana Sya tahu?”

“I’m part of you,”

Aduhai! Terasa ringan tubuhnya disapa dengan kata romantis itu. Emir gelak.

“Abang nak naik kejap,”

“Buat apa?”

“Abang nak ambik phone kejap. Nak call Farid suruh cover abang petang esok. Abang nak kerja pagi esok. Sya makan dulu,” Emir mengucup bahu Hasya.

“Sya tunggu abang,”

Sebelum berlalu, Emir menghadiahkan lagi kucupan sayang pada isterinya. Bagi Hasya, suaminya itu memang pemurah. Pemurah dengan ciuman!

Keputusannya untuk menerima lamaran daripada Emir ternyata sangat berbaloi. Dirinya sentiasa disayangi oleh lelaki itu dan juga keluarga mentuanya. Hasya tahu, sepatutnya dirinya tidak layak mendapatkan semua perhatian itu kerana dosa silamnya. Tetapi suaminya selalu berada di sisinya untuk membuang jauh-jauh perasaan itu.

Dan bagi Hasya sendiri, siapa kata cinta kedua tidak sehebat cinta pertama? Buktinya, kehebatan cinta Emir lebih hebat penangannya dalam hidup Hasya. Dulu, kini dan selamanya.

Hanya satu pintanya pada TUHAN, jangan ada apa-apa yang akan memutuskan ikatan suci ini. Jangan ada yang mahu merampas Emir dan Esya daripada hidupnya. Kerana dia takut, dirinya tidak akan mungkin hidup tanpa mereka berdua…

3 BULAN KEMUDIAN…

BUNYI ketukan pada pintu yang bertalu-talu menyebabkan Emir tidak boleh menumpukan perhatian pada kerja-kerjanya. Dia memandang jam tangannya. Waktu makan tengahari. Sememangnya klinik ditutup pada waktu sebegini kerana semua jururawat dan doktor keluar makan.

“Ye bang? Ada apa?”

Seorang lelaki dalam anggaran usia 30an memusingkan tubuhnya supaya dapat bertentangan dengan Emir secara berdepan.

“Dr Emir?”

“Ye saya,” Emir memberi senyuman.

“Aku Khalif. Bekas kekasih Maisara,”

Senyuman Emir terus mati!

“AKU nak kau tinggalkan Sara! Dia milik aku. Dari dulu lagi dia milik aku. Anak yang korang ada sekarang ni pun, anak aku dengan dia kan? Hasil hubungan sulit kami dulu!”

Emir menghentam meja mendengar kata-kata Khalif. Jari telunjuknya ditegakkan betul-betul depan mata Khalif.

“Esya anak aku dengan Hasya! Kau takde hak nak cakap Esya anak kau walaupun kalau betul Esya memang anak kau. Anak dengan Hasya dah mati sebulan lepas kau tinggalkan Hasya. Hari yang sama kau jumpa Hasya bagitahu dia yang kau nak kahwin, hari yang sama Hasya keguguran! Kau faham tak!” keras nada Emir. Ungkapan Khalif benar-benar mencabar dirinya sebagai seorang bapa!

“Tak mungkin! Kau tipu! Budak tu anak aku! Anak aku dengan Sara!” Khalif membalas.

“Esya lahir tahun lepas, lepas setahun aku kahwin dengan Hasya. Memang itu sah anak aku! Anak kami!”

Khalif terduduk. Kata-kata Emir membuatkan dia hilang arah sebentar. Dia bersalah!

“Kau dah tahu kebenarankan? Sekarang aku mintak kau berambus dari sini. Jangan kacau Hasya lagi sebab dia dah bahagia dengan aku! Dia dah lupakan kau!”

“Aku tak percaya! Sara masih cintakan aku. Aku tahu, dia tak bahagia dengan kau. Aku tahu! Kau tunggu! Aku akan datang balik cari kau! Kita akan selesaikan masalah ini!”

Berdentum bunyi pintu setelah dihempas Khalif. Emir mengusap-usap dahinya. Bibirnya beristighfar, memohon keampunan kerana kelalaian mengawal nafsunya tadi. Frame gambar yang tergeletak di atas meja, dicapai.

Dia mengusap permukaan kaca itu. Wajah-wajah kesayangannya sedang ketawa riang di majlis hari lahir Esya yang pertama yang disambut di rumah baru mereka di Tropicana. Gambar mereka bertiga dalam rona ungu cair itu turut menghiasi dinding di ruang tamu dan kamar buat permata hati mereka itu.

Hidupnya menjadi lengkap setelah kelahiran Esya. Mendapatkan cinta Hasya adalah perjuangan yang paling payah ditempuhnya. Setelah melalui semua itu, dia tidak dapat membayangkan kehidupannya tanpa kehadiran Hasya dan Esya. They are the only reasons he’s still breathing on this face of Earth Mampukah nanti dia hidup tanpa salah seorang di sisinya?

“ESYA?” lemah suara itu memanggil.

Esya yang sedang seronok bermain LEGO dengan mummy nya, mengangkat mukanya apabila mendengar suara Emir. Tersenyum lebar Esya melihat daddy nya yang sudah pulang.

“Esya, anak daddy!” meluru Emir ke arah Esya. Tubuh montel itu dibawa ke dalam pelukannya. Tanpa kawalan, air matanya merembes!

“Abang? Kenapa ni?” Hasya menggosok-gosok belakang Emir. Hatinya cuak melihat Emir begitu. Emir seorang yang tidak mudah mengalirkan air mata. Air matanya hanya tumpah pada saat yang istimewa sahaja. Namun dalam keadaan ini, Hasya tidak pasti apa sebabnya!

“Abang tak boleh hidup tanpa Sya dengan Esya. Abang tak sanggup!” Emir merintih. Dia memeluk Esya lebih rapat. Esya yang sememangnya gemar dipeluk daddy nya hanya mendiamkan diri.

“Apa yang abang merepek ni? Sya dengan Esya ada kat sini dengan abang. Kita orang tak pergi mana-mana,”

“Abang takut, Sya. Abang takut dia akan rampas Sya dari abang,”

“Siapa yang nak rampas Sya dari abang? Abang cakap apa ni? Sya tak faham,”

“Khalif!”

Nafas Hasya bagai terputus apabila nama lelaki durjana itu disebut. Sejak dia menikahi Emir, nama itu sudah dihapuskan daripada hidupnya. Mengapa tiba-tiba saja Emir menyebutnya?

Kepala Emir didekatkan ke dadanya. Hasya merehatkan kepalanya di atas kepala suaminya. “Cinta dan sayang Sya hanya untuk abang. Sya tak mungkin lagi dengan dia, bang. I love you, abang. Sangat-sangat! I can’t lose the both of you,”

“Tapi Sya…,” Emir mengongoi. Persis seorang anak kecil yang kehilangan barang kesayangannya.

“Abang dengar cakap Sya,” Hasya menahan air matanya daripada gugur. “Sya terima abang dalam hidup Sya bukan sebab suka-suka je. I know you have what it takes to become a good husband and father. And it seems obvious that I took the right decision. You’ve done a great job in making me happy. And I know, I won’t be getting all that from someone like that jerk! Abang seorang je yang layak. Hati Sya ni memang abang yang punya. Sya tak mungkin berbagi-bagi, bang,”

Emir terharu dengan kata-kata Hasya.

“Jangan tinggalkan abang. Tolong jangan tinggalkan abang,” Emir mencium dada Hasya.

Hasya mencium rambut Emir. “Sya tak kan tinggalkan abang. Sya janji!” Hasya mengeratkan lagi pelukannya.

HASYA masih ingat lagi, setelah itu Emir berubah menjadi seorang yang pasif. Perginya di awal pagi, pulangnya tika jarum jam melebihi angka 10. Dia tidak lagi di rumah pada hujung minggu. Esya juga sudah mula merindui daddy nya yang lama tidak bermain dengannya. Dia hanya pulang setelah Esya tidur dan beredar awal pagi sebelum Esya terjaga.

Hubungan antara mereka juga sudah tidak semesra dulu. Sudah kurang gurauan canda. Kadang-kadang, Hasya sendiri tidak menyedari kehadiran Emir berada berdekatan dengannya. Sehinggakan keinginan Hasya untuk bermesra juga ditolak mentah-mentah oleh Emir. Semuanya sejak kejadian malam itu.

Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada hari itu namun kalau benar kata hatinya, Khalif telah pergi menemui Emir dan telah menabur kata-kata yang melukakan hati suaminya.

Kerana masih menyayangi rumah tangganya, Hasya berada di sini. Di Tutti Frutti TTDI untuk bertemu pandang dengan lelaki yang dulu pernah bertakhta di hatinya sebelum Emir yang lebih layak untuk memilikinya. Dia meminta pertolongan Farah untuk mengatur pertemuan ini. Sebentar lagi, setelah lama tidak bertentangan, mereka akan bertemu…

“Sara? Dah lama sampai?”

Kalau dulu, mungkin Hasya akan cair mendengar suara kasar Khalif itu. Tapi tidak kini setelah suara Emir yang membuat hidupnya lebih lengkap. Aura lelaki itu sudah cukup untuk membuat hidup Hasya mempunyai arah tujuan.

Hasya memilih untuk tidak menjawab soalan Khalif. Dia lebih selesa sekiranya perbincangan ini segera tamat!

“You sihat Sara? Lama I tak dengar cerita pasal you,”

“Assalamualaikum,”

Khalif terpempan. “Waalaikumussalam,”

“Kau yang suruh aku jangan bagi kau nampak muka aku kan? Aku ikut aje cadangan kau,”

Khalif diam tidak beriak. Hasya yang dulu sudah berubah. Sudah lebih tegas!

“Boleh tak kalau kita selesaikan perkara ni once and for all? Aku takde masalah nak layan kau. Banyak lagi benda lain yang aku boleh buat tau!”

“Thanks Sara sebab sudi nak jumpa I lagi. I tahu, dosa I pada you memang banyak. Tak terhitung rasanya tapi sekarang I dah menyesal. Kalau boleh, I nak make up all the faults that I’ve done,”

“Please lah Khalif! Tolong jangan nak buat drama swasta pulak kat sini. Aku tak minat nak layan. For your information, aku kat sini sebab aku nak tahu apa yang kau dah bagitahu suami aku. What did you say to him!”

Khalif senyum sinis. “Oh! What a husband you have? Pengadu rupanya. Atau you yang takut kalau dia tahu siapa you dulu?”

“Emir knows every single thing that happened. Aku tak payah nak risau pasal hal tu. Tapi kau, kau yang aku risaukan. I know you wouldn’t be here without reasons, kan?”

“You memang pandai, Sara. Dari dulu lagi you tahu je apa yang I nak. Without me saying it out loud, you’ve already figured it out. What a smart lady you are. And that is why I fell in love with you,” Khalif memanjangkan tangannya untuk menyentuh tangan kanan Hasya yang terletak di atas meja.

“Apa ni Khalif? Lepaskan tangan akulah!”

“Okay, okay. Whatever you say, lady,”

Hasya merenung wajah selamba lelaki di hadapannya itu. Geram!

“I thought dulu you okey je bila I pegang tangan you. Ni kenapa nak marah-marah pulak?”

“Enough Khalif! Aku bukan datang sini nak dengar kau merepek. Aku nak tahu apa yang kau dah bagitahu husband aku! Method kau nak buat aku ingat balik zaman bodoh tu tak mungkin berhasil sebab aku dah lupakan semuanya. Everything, including you!”

“Amboi, sombongnya dia! Tak kanlah you tak ingat apa-apa langsung pasal dulu?”

“Hmm…let me see. Yeah. I do remember few things. Things like this, jangan biarkan aku nampak muka kau lepas ni kalau tak nahas kau aku kerjakan. At least, there’s something that I remember, kan?”

Khalif senyum lagi. Entah mengapa, hatinya langsung tidak tercuit dengan kata-kata Hasya itu. Memang benar apa saja yang dikatakan Hasya itu. Namun dia juga manusia. Bukankah manusia suka berubah? Dan dia adalah salah satu daripada mereka itu!

“You are right Sara. That was what I’ve said to you. Tapi sekarang I dah menyesal. I nak tebus balik semua tu. I nak betulkan semuanya balik. I nak bertanggungjawab kat you dengan anak kita. Anak yang you ada sekarang ni, itu anak kita kan?”

Hampir pitam Hasya saat Khalif berkata begitu. Mungkin itulah yang dirasai oleh suaminya apabila bertemu dengan Khalif. Patutlah sebaik pulang saja, Emir terus mnedapatkan Esya yang sedang bermain dengannya. Mungkin Emir terasa dengan kata-kata Khalif yang mengatakan Esya adalah anak dia dengan Khalif.

“Anak kita? Kalau pun betul anak tu kita pun, aku tak akan mengaku kau bapak dia. Emir yang lebih berhak sebab dia sanggup nak mengaku anak tu anak dia sendiri walaupun dia tahu yang dia takde kena mengena langsung dengan anak tu!

“Tapi kau! Kau memang betul-betul jantan tak guna! After what you’ve done, bukannya kau nak bertanggungjawab, you’ve even asked me to abort the baby! How could you? Worst thing of all, kau tak percaya yang tu anak kau!

“And now, you appear in front of my eyes, saying that you want me back?That you love me and the baby? Hey, come on! Cuba nak buat lawak bodoh ke sekarang ni!” mahu saja Hasya menempik lelaki tak guna itu. Mujur fikirannya masih waras. Masih boleh membezakan antara baik dan buruk!

Khalif hanya mampu menelan kata-kata Hasya yang benar-benar belaka semuanya. Terlalu benar semua itu. Bagaimana dia mahu menyangkal semua itu kalau poinnya tidak sehebat Hasya?

“I datang bukan nak cari gaduh. I nak hak I aje. You dengan anak kita!”

“Hak kau? Kau nak aku dengan anak kau? Stop all this bullshit, Khalif! Aku hak Emir! Sepatutnya dari dulu lagi aku jadi hak dia! Aku memang bodoh sebab percayakan kau. Terlalu percayakan kau sampai aku buta! Tak tahu nak pilih siapa yang lebih baik untuk aku!”

Khalif terpinga melihat Hasya tiba-tiba berdiri. “You nak pergi mana? Kita belum habis lagi,”

“Antara kita dah lama habis Khalif! Dah lama! Kau takde hak nak halang aku!”

“Sara! Tapi anak tu, anak I kan?” Khalif turut berdiri setelah Hasya mula melangkah.

Hasya memejamkan matanya. Setitis air matanya gugur.

“Anak tu dah mati! Dah mati , hari yang sama kau bagitahu aku kau nak kahwin! Puas hati kau sekarang?! Thanks to you, I didn’t have to go through any sort of abortion. Thanks to you!” Hasya terus pergi.

Khalif terduduk semula. Maknanya, apa yang dikatakan Emir pada waktu itu adalah benar. Dia penyebab kematian anaknya sendiri. Dia menyebabkan Hasya keguguran dan akhirnya kehilangan anak mereka berdua!

‘Ya TUHAN! Banyaknya dosa aku pada Sara! Dia dah cukup menderita dengan apa yang dah terjadi, Ya ALLAH! Sekarang berilah aku peluang untuk menebus semuanya. Aku tahu aku boleh bahagiakan dia lagi Ya ALLAH! Bantulah aku untuk mendapatkan dia!’

“ABANG nak tidur dah ke?”

Emir memandang Hasya sekilas. “Belum lagi,” Emir terus mengatur langkah ke sofa di ruang tamu atas. Remote control dicapai. Kaca TV yang tadinya hitam bertukar warna. Emir terus menekan siaran ESPN.

Hari ini dia sengaja pulang awal. Pukul 4.30 tepat dia sudah berada di depan nurseri Esya. Sudah lama dia tidak meluangkan masa dengan anak tunggalnya itu. Dia rindu! Dia tahu Esya juga merinduinya. Saban malam, dia yang akan menidurkan anak itu. Sekali sekala saja Hasya menidurkan Esya kerana Esya lebih senang dengannya.

Namun semenjak pertemuan antara dia dengan Khalif, jarak antara mereka bertiga menjauh. Lebih-lebih lagi dengan Hasya. Esya juga terkena tempiasnya. Niatnya hanya ingin menjauhi Hasya buat sementara waktu bagi menenangkan perasaannya. Namun, dia terlupa tentang kewujudan Esya!

Puterinya itu semakin membesar. Pasti dia mahukan orang tuanya untuk turut melihat tumbesarannya. Dan ternyata bila petang tadi Emir menjemput Esya dari nurseri, anak itu sudah pandai memanggilnya daddy!

“Abang, Sya masuk tidur dulu. Esok pagi Sya ada important meeting,”

“Kejap Sya. Abang ada benda nak cakap. Duduk dulu,” pada masa yang sama, punat volume pada remote ditekan untuk memperlahankan suara.

“Kenapa bang?”

“Mir dah fikir masak-masak, Sya,”

Hasya tersentak. Mir? Mana hilangnya panggilan abang? ‘Ya ALLAH! Apa yang suami aku nak ni, TUHAN!’

“Abang? Kenapa ni? Fikir masak-masak untuk apa?”

“Mir tak kisah kalau Sya nak balik kat Khalif. Mir izinkan. Dan Mir tahu, Sya masih mengharapkan Khalif lagi. Pergilah Sya. Mir akan ceraikan Sya. Tapi satu je yang Mir harap, tolong jangan ambik Esya dari Mir. Mir hanya ada Esya sorang je. Mir tak boleh hidup kalau Sya ambik Esya dari Mir…”

PANG!!!!!!

Emir menyentuh pipi kirinya. Pijar dan pedih rasanya. Tapi tidak sedikit pun Emir terasa untuk membalasnya balik. Dia faham mengapa Hasya menamparnya.

“Selama Sya jadi isteri abang, tak pernah sekali pun terlintas dalam kepala Sya ni nak tinggalkan abang melainkan dah sampai ajal kita. Sya tak sangka abang boleh fikir sampai macam tu sekali. Abang lupa ke janji-janji abang sebelum ni? Are you against your words abang? Huh! Jawablah! Abang dah lupa ke semua tu!”

“Mir tak pernah lupa janji-janji Mir. And because I’m holding my words, I’m letting you go. Mir tak nak Sya hidup terseksa dengan Mir kalau Sya boleh bahagia dengan Khalif. Mir redha kalau cinta dan sayang Sya untuk Mir selama 3 tahun ni sampai sini aje,”

“You’ve made me fell for you. Sya belajar buka hati Sya ni untuk abang sebab abang dah janji abang tak akan tinggalkan Sya. Kenapa abang nak mengaku kalah kalau Sya memang dengan abang?” Hasya tidak mempedulikan wajahnya yang basah. Dia berterusan memandang wajah suaminya yang langsung tidak beriak itu di sebalik matanya yang berair.

Emir membawa Hasya ke dalam pelukannya. Dia memeluk erat pinggang Hasya.

“Kenapa abang nak seksa Sya macam ni? Abang tak sayangkan Sya lagi ke? Abang nak buang Sya dari hidup abang ke?” Hasya membiarkan kepalanya berlabuh di atas dada Emir. Dia mendengar degup jantung lelakinya. Masih sama ritmanya sepeti dahulu. Masih berdegup ritma yang sama dengan degupannya. Lelaki itu masih mencintainya!

“Sya. Sya tahu siapa Sya dalam hidup Mir kan? Tapi Mir tak boleh hidup dengan Sya kalau dalam hati Sya, Mir bukan di tempat yang utama. Lebih baik Mir undur diri. Mir tak nak jadi penghalang kebahagiaan Sya dengan Khalif. Kalau Sya rasa Sya lebih bahagia dengan Khalif, Mir lagi bahagia sebab Sya bahagia.

“Tapi tolong Mir, Sya. Tolong biarkan Mir bawak Esya dengan Mir. Biarkan Esya dengan Mir,” rambut lurus isterinya yang mencecah pinggang itu diusap, lembut. Sebak di dadanya, ditahan. Dia harus kuat untuk berhadapan dengan situasi sebegini.

“Abang! Esya anak Sya! Both of you will be by myside no matter what happens! Sya tak nak bercerai dari abang. Khalif means nothing to me, abang! You know that! You knew that since the day I’ve lost my baby!”

“Tapi itu cerita lama Sya. That was two years ago and it was the situation where you were traumatic. Sya trauma dengan dia, sebab tu Sya terima Mir. You wanna prove that you can still carry on with life without him.

“But I was there. Through all those times. Mata Mir sendiri nampak Sya masih simpan lagi gambar Khalif dalam purse Sya, when mine wasn’t even there! Telinga Mir dengar Sya meracau-racau panggil dia dalam tidur when I was always with you on the bed!

“Hati suami mana tak sakit Sya kalau isteri dia masih teringatkan lelaki lain dalam jaga dan juga tidur? I was thorn into pieces but have you ever noticed? I was hoping that Esya will help me to win you over, but it’s still the same! Kadang-kadang Mir rasa, Sya memang terpaksa nak terima Mir sebab Sya tak nak buat dosa lagi. Kan Mir sendiri cakap dengan Sya, Mir tak akan paksa Sya. I’ll wait for the moment to come. Tapi Sya buat Mir percaya yang Sya dah betul-betul sayangkan Mir.

“Tapi apa yang Mir dapat daripada Sya? Has any of this ever crossed your mind that they could affect my carrer? Tahu tak yang Mir hampir-hampir kena pecat sebab Mir tersalah bagi treatment kat patient Mir! Because of? Because of all this! Sumpah, Mir tak sanggup lagi nak go through all this! Dari dulu sampai sekarang, I am just being me. I was like friend to you. Never a lover or worse, your husband, kan Sya?”

Hasya menangis teresak-esak. Tubuhnya dijarakkan daripada Emir. Perlahan, Hasya merendahkan kedudukannya sehingga lututnya mencecah lantai. Jemari kedua-dua tangan Emir digenggam erat. Kepalanya diangkat, memandang tepat ke dalam anak mata Emir.

“Demi ALLAH, bang. Sya ikhlas cintakan abang! And to be honest, cinta Sya pada abang lebih besar daripada cinta Sya pada Khalif. Abang nak tahu kenapa? Sebab abang, seorang Emir Firdaus yang sudi menerima seorang Hasya Maisara. Seorang Emir Firdaus yang sudi menerima seorang Hasya Maisara yang dah layu kelopaknya. Seorang Emir Firdaus yang sentiasa mendukung seorang Hasya Maisara dalam apa-apa keadaan. Emir Firdaus yang tahu semuanya tentang Hasya Maisara.

“Malam tu, when I came to you, I’ve promised to make you happy till the end of your life because you’ve done so for me. I owed you. And till this very date, I’ve never regretted my decision because I know I’ve done my part.

“Tapi sumpah bang, Sya tak pernah tahu yang Sya meracau panggil Khalif malam-malam. Pasal gambar Khalif dalam purse tu, that was before, abang. Sekarang gambar abang dengan Esya je yang ada.

“Tolong Sya, bang. Tolong jangan buat Sya macam ni. I’ve made enough mistakes during my past. Please don’t make me commit more,” rayuan Hasya menuntun hati Emir. Selama mungkin Emir menahan air matanya, dia tewas! Hatinya digigit sayu. Kata-kata Hasya begitu menyentuh hatinya. MashaALLAH!

Genggaman Hasya dilepaskan. “Maafkan Mir. Kalau Sya nak Mir bahagia, Sya pergilah. Sebab Mir tahu kebahagiaan Sya bukan dengan Mir. Pergi Sya,” Emir berpaling, terus meninggalkan Hasya yang menjerit-jerit memanggilnya.

“KENAPA kau kacau hidup aku, Khalif? Kenapa kau nak hancurkan rumah tangga aku? Apa niat kau!”

Malam itu, di Taman Bukit Jalil, Hasya dan Khalif bertemu buat kali kedua. Hasya sudah benar-benar tidak tahan. Sudah 3 hari Emir dan Esya keluar dari rumah mereka. Di mana keberadaan mereka berdua, tiada seorang yang tahu. Dalam tempoh yang sama, baik Emir mahupun Esya tidak berada di klinik atau nurseri. Puas Hasya mencari. Semakin parah jiwanya dengan keadaan ini!

Sungguh dia tidak menyangka Emir tekad dengan apa yang dikatakan. Pergi meninggalkan dirinya bersama Esya adalah perkara terakhir yang akan dilakukan suaminya itu. Beginikah pengakhiran rumah tangga mereka? Sudah tiada jalan lainkah untuk mereka berbaik semula?

“Kenapa dengan you ni? Datang-datang je teus nak serang I? What’s wrong?” Khalif bertanya, selamba.

“What the hell is wrong with you, Khalif! For goodness sake, just tell me why are you back? Why are you ruining my life? Why!” Hasya menengking Khalif sekuat hatinya. Dia tak peduli jika ada pengunjung di taman itu. Dia geram!

“You wanna know why? Let me tell you why!”

Jerkahan suara wanita yang asing pada Hasya memecah kedinginan malam. Hasya sempat lihat perubahan wajah Khalif. Dia memusing tubuh ke belakang. Secara spontan, Hasya menarik nafasnya dalam-dalam.

Seorang wanita yang tak kurang cantiknya bagi Hasya, berdiri kurang 50 meter daripada titik dia dan Khalif berada, sedang memegang sepucuk pistol dan mengacunya tepat ke arah Hasya!

“Astagfirullah, Zarith! You buat apa ni? Put down the gun! Bawak mengucap Zarith!” Khalif memulakan operasi memujuk. Dia mendekati lagi.

“One step ahead, I will pull the trigger and she’ll be dead in one second. Remain where you are,” Keras amaran Zarith. Dia mengaih pandang pada Hasya. “Hello there. I believe we both hadn’t known each other yet. Aku Zarith. And you must be Hasya, my husband’s ex lover. Am I right?”

“You isteri Khalif?” Hasya terkejut.

“Yeah. Too bad right? I’m a wife to this jerk!” pistol dalam tangan dialih ke arah Khalif pula. Renungan tajam Zarith tidak dapat ditebak dengan kata-kata.

“Zarith, bawak bersabar sayang. Put down the gun. Kita boleh bawak berbincangkan?”

“Sure! But just let me answer my dearest friend’s question first. Kau tanya apa tadi? Kenapa suami tersayang aku ni cari kau balik? Kenapa dia nak kat kau balik?

“Yang, kenapa you tak terus-terang je kat Hasya? Kesian dia yang. You ni tak baik tau buat dia macam tu. She has the rights to know lah sayang,” lembut suara Zarith berkata-kata.

“Sayang. Tolong sayang. Tolong jangan buat perkara bukan-bukan,” Khalif berterusan memujuk.

“Syhhh! You diam! Let me tell her. Kau nak tahu tak Hasya? Aku sebenarnya mandul! Yes! Mandul! Aku tak boleh nak bagi keturunan pada keluarga Datuk Marina! Tapi, suami aku ni tak mandul! He is perfect as ever. So, he wants to have a second wife to bear his own children.

“Then, dia terfikirkan kau. You were his greatest love before he met me. And both of you pun ada anak together kan? Sebab tu dia nak kat kau balik. Kau boleh bagi dia apa yang dia nak tapi I tak boleh! Now, have I explained everything clearly?”

“Berapa kali aku nak cakap dengan kau Khalif? Anak tu dah mati! Dah mati 2 tahun lepas! Esya anak aku dengan Emir! Tak ada kena mengena dengan kau! Apa lagi yang kau nak? Nak suruh aku tinggalkan Emir dan kahwin dengan kau? Aku tak nak jadi bodoh macam dululah! Aku kenal siapa kau! Kenapa aku nak pertaruhkan hidup yang aku ada sekarang untuk kau? Tak ada gunalah Khalif!”

“Well sayang. See? She doesn’t love you. She loves her husband. And baby tu pun dah mati. Sayang dah tak ada apa-apa lagi dengan dia. Sayang memang milik I seorang. No one can take you away from me!”

“Shut up Zarith, just shut the hell up! Jangan nak buat aku muntah! Kau tahukan aku tak pernah cintakan kau. Kita kahwin sebab mummy nak kaut business dari company bapak you! Kau pun tahu tu kan? Kenapa kau nak over sangat?”

“I love you, sayang! I’ve never loved anyone else! You’re mine and only mine. Kalau I tak boleh dapat you, orang lain pun tak boleh dapat you!” Zarith mengacu mulut pistol tepat ke arah Hasya. Hasya tergamam.

“Jangan buat kerja gila lah Zarith!” jerkah Khalif.

“You diam! Let me solve this once and for all. Nice meeting you Hasya. See you in hell!”

Hasya memejam matanya. Dia tak mahi mati tanpa memohon ampun daripada suaminya. Tapi jika ini ajalnya, dia reda. Dia serahkan semuanya kepada ALLAH.

Dia sempat mendengar perbalahan yang berlaku antara Khalif dan Zarith sebelum kedengaran bunyi tembakan di udara. Hasya sempat mengucap 2 kalimah syahadah, takut jika lidahnya keras selepas ini. Dia reda dengan segalanya.

Tetapi ada yang aneh. Hasya langsung tidak merasa sakit! Malah, tubuhnya tidak seperti mengalami apa-apa kesakitan langsung. Tapi dia yakin! Dia yakin mendengar bunyi tembakan kuat tadi. Bukan satu tapi dua das tembakan!

Hasya membuka matanya. Suasana bertukar sibuk. Zarith sedang ditenangkan Khalif dalam keadaan Zarith sedang bergari. Dua orang anggota polis sedang sibuk berbicara melalui walkie-talkie, meminta bantuan sokongan dan ambulan. Sorang lagi anggota berdiri tegak di sebelah Khalif yang sihat walafiat.

Siapa yang ditembak?

“Sya?”

Spontan, Hasya menunduk. Hanya seorang saja yang memanggilnya dengan nama itu.

Di pinggir kaki Hasya, sekujur tubuh sasa Emir terlentang. Darah pekat mengalir keluar dari belakang tubuh Emir. Hasya sempat melihat, masih melekat 2 peluru di badan dan pinggang suaminya itu. Hasya menggigil.

“Abang!”

Luruh air matanya. Hasya langsung terduduk. Dia memusingkan badan Emir. Cermin mata Emir ditariknya. Kepala Emir diangkat langsung dipangku.

“Abang! Ni Sya bang! Abang kena tahan. Sya ada kat sini dengan abang!”

“Sya,” Emir memaksa matanya untuk celik meski kesakitan yang sedang ditanggungnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Dia mengangkat tangannya ke arah Hasya.

Hasya mencapai tangan Emir dan mendekatkan tangan itu ke wajahnya. “Abang kena kuat. Abang tak boleh tinggalkan Sya dengan Esya,”

“Abang sayangkan Sya. Abang sayangkan Esya jugak. Maafkan abang, Sya” air mata Emir turut mengalir. Betapa payah untuk dia menutur kata pada saat ini. Seolah nyawanya yang tersekat di rengkungnya akan dicabut bila-bila masa saja daripada jasadnya.

Hasya ingin meraung melihat keadaan suaminya. Di mana ambulan? Kenapa tak sampai lagi dari tadi? Suaminya memerlukan bantuan segera!

“Abang tak salah. Sya yang salah. Sya yang patut minta maaf,” Hasya menyentuh tangan Emir yang melekat pada wajahnya. Dia membawa tangan itu ke bibirnya dan dikucup bertalu-talu.

“I will always love you sweetheart. I’m very fortunate to have you and Esya in my life. There’s nothing else that I need. Kalau abang pergi sekarang pun, abang ikhlas,”

“Tak! Abang tak boleh pergi! Abang kena hidup! Untuk Sya, Esya and baby kita, bang,” tangan kiri Emir didekatkan pada perutnya yang sudah berubah bentuk.

“Sya?”

Hasya mengangguk. “Sya pregnant. Sya pregnant anak kita! Sebab tu abang tak boleh pergi. You have to stay alive! For our family, abang!”

Emir mengusap perut Hasya. Dia dapat merasa ketegangan di situ. “Anak daddy jangan nakal-nakal kat dalam okey? Anak daddy kena kuat macam mummy. Jaga mummy dengan Kak Esya ye sayang, bila daddy dah tak ada nanti? Maafkan daddy sebab tak sempat nak tengok anak daddy ni nanti. Tapi daddy akan sentiasa doakan mummy, Kak Esya dengan baby dari jauh,”

Tiba-tiba, segalanya berlaku dengan pantas. Dada Emir berombak ganas. Dia menjerit kesakitan. Hasya tersentak!

“Abang! Abang jangan tinggalkan Sya, bang!” Hasya menjerit.

“Maafkan abang, Sya. Jaga diri Sya dengan anak-anak. Abang sayang semua. Abang sayang Sya,” Emir mengelus pipi lembut Hasya sebelum tangannya terkulai layu dan perlahan dadanya kembali tenang. Tiada sebarang pergerakan. Hasya tergamam.

“Abang!”

HASYA tersentak apabila tubuhnya dipeluk dari belakang. Kehangatan yang menjalar daripada tubuh itu. Jemarinya bertaup dengan jemari kasar itu. Terasa beban di kepalanya. Pasti kepala lelaki itu sedang menindih kepalanya.

“Ingat apa tadi?”

“Pasal dulu. Pasal semua,”

“Dulu? Dulu yang mana?”

“When I nearly lost you forever,”

“Cerita lama. Tak payah nak ingat,”

“Teringat je. Abang? Hmm…Sya nak tahu. Abang bahagia tak kahwin dengan Sya?”

Emir ketawa kecil. Rambut Hasya dicium. “Apa jenis soalan tu? Are you questioning me?”

“I wanna make myself better for you,”

“Erm…how should I put this into words? Can my action answer your question?”

Giliran Hasya pula tersenyum. “Macam mana tu?”

“Like this,” Emir memusingkan tubuh Hasya supaya menghadapnya. Dia memegang wajah Hasya. Kemudian, lama bibirnya bertaut di bibir Hasya. Setelah itu, dia mengucup juga dahi Hasya. “Does that satisfy your question?”

Hasya menjengket untuk mencapai ketinggian kepala Emir. Dahi Emir turut dikucup. Lama sekali. “Sya pun bahagia kahwin dengan abang,”

“Sya tak pernah menyesal?”

“Sya akan lebih menyesal kalau Sya tak kahwin dengan abang dulu,”

Rentetan peristiwa tembakan itu, walau bagaimanapun menyedarkan Hasya tentang kepentingan Emir dalam hidupnya. Di saat dia hampir ditembak oleh Zarith, penyelamat hidupnya muncul. Mujur langkahnya ke Taman Bukit Jalil ketika itu diekori oleh Emir.

Rupanya tanpa pengetahuan Hasya, Emir telah mengekorinya sejak dia dan Esya keluar dari rumah mereka di Tropicana. Walaupun dia meminta Hasya untuk meninggalkannya, tapi dia akui cinta buat wanita itu masih teguh di hatinya. Dia merasa seperti satu tanggungjawab untuk memastikan keselamatan Hasya terjamin meski mereka sudah berpisah.

Dari dalam X5 nya, Emir dapat melihat segala apa yang berlaku. Kedatangan Zarith dengan sepucuk pistol membuat jantung Emir berkencang hebat. Bernasib baik kerana kereta Zarith di parkir di sebelahnya, dia merasa bertuah kerana pandangannya dapat mengesan kehadiran pistol tersebut. Dengan segera dia menelefon polis. Dia sendiri turun dari keretanya dan bersembunyi di balik pokok bunga yang renek, berdekatan dengan Hasya, Khalif dan Zarith.

Saat dia mendengar kata-kata terakhir Zarith yang begitu mengecutkan perutnya, Emir keluar dari persembunyiannya. Tindakan pantasnya itu Berjaya menyelamatkan isterinya. Tetapi malang buat Emir, 2 tembakan yang dilepaskan Zarith mengenai dada dan juga buah pinggangnya.

Memang, yang hanya terbayang di fikiran Emir ketika itu, ajalnya sudah tiba. Malu untuk dia akui, tapi dia lagi rela untuk pergi selama-lamanya daripada berterusan hidup dalam dosa. Walaupun keluarga kecilnya begitu memerlukannya tapi sungguh, dia tidak sanggup!

Di hospital, doktor mengesahkan satu daripada dua buah pinggang Emir rosak akibat peluru yang tertimbus di dalamnya. Tiada pilihan, Hasya terpaksa menurunkan tandatangannya, membenarkan doktor mengeluarkan buah pinggang kiri suaminya.

“Abang pulak yang mengelamun. Kenapa?” Hasya memegang wajah Emir. “Abang fikirkan apa?”

Emir senyum, meleret. “Who would have ever thought, after that night we would still be together, here,”

“Tadi abang marah bila Sya cakap pasal malam tu,”

“I’m sorry,” Emir peluk lagi tubuh kurus itu.

Bunyi tangisan nyaring dari kamar sebelah kedengaran kuat. Hasya melepaskan diri daripada pelukan Emir. “Syamir dah bangun. Sya pergi tengok dia sekejap,” Hasya menarik jemarinya daripada tautan jemari Emir.

“Mir sayang Sya,” Emir menghulurkan senyuman yang paling menggoda yang pernah dilihat Hasya sepanjang mereka bergelar suami isteri. Suaranya juga begitu romantis. Meremang tengkuk Hasya dibuatnya.

“Sya pun sayangkan Mir,” Hasya menarik daun pintu. Sebelum menutup daun pintu, Hasya sempat mengusik suaminya itu. “We’re not done yet, abang!” sempat dia mengenyit matanya.

Emir ketawa besar. “Nakalnya! I’ll be here, sweetheart!” matanya turut dikenyit.

Sejuta rasa kesyukuran kerana hayatnya masih lagi panjang. 5 bulan setelah kejadian itu, Hasya selamat melahirkan putera kedua mereka, Syamir Rifhan. Seperti Esya, dia juga berkesempatan untuk mengazankan zuriat mereka itu. Bahagianya dia pada masa itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata!

Sehingga kini, masih terngiang-ngiang di cupingnya kata-kata indah dan romantis yang diucap oleh isterinya setelah dia sedar daripada koma.

“Others, they just know how to love. But not all experiences one true love. But I’m fortunate, to be loved by you, to be taught to love again by you, and to experience such a beautiful thing called true love. But the truth is, I’ve learnt the true meaning of love from you; how you’re willing to sacrifice yourself for me; how you’ve accepted me knowing the real me. It only came from you and Alhamdullillah, I’ve found you,”

Itu luahan hati Hasya padanya. Namun luahan hatinya, tiada seorang yang tahu melainkan ALLAH SWT. Sampai waktu nanti, Hasya akan tahu juga. Segala rasa hatinya akan Hasya tahu juga.

Buat masa kini, dia mahu menikmati peluang kedua yang diberi ALLAH padanya. Dia ingin merasai erti cinta yang sebenarnya. Di samping Hasya Maisara, isterinya, Esya Nur Amani dan Syamir Rifhan, putera puterinya.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...