Jam menunjukkan 6.45 pagi. Kelihatan semua pelajar jururawat sedang bergegas untuk segera sampai ke wad masing-masing bagi melunaskan tugasan latihan mereka. Keadaan di hospital sememangnya sibuk kerana hospital tersebut merupakan salah satu yang terbesar di negeri tersebut. Pada waktu sebegini, semua pelajar jururawat termasuklah jururawat terlatih sibuk bertukar syif. Dan aku merupakan salah seorang pelajar jururawat yang bertugas pada pagi ini.
“Eh, mana pen hitam aku ni. Tadi ada ja sebelum naik bas. Ni mesti kau yang ambil kan Fatin. Cepat pulangkan. Tak pun aku gigit jari kau,” ngomel aku pada pagi itu.
“Apasal aku pulak. Kau tu la. Semalam bagi orang pinjam lepas tu lupa nak ambil balik. Senang-senang pulak tuduh aku. Kau tu pun sama, kedekut nak beli banyak,” marah Fatin,teman sekumpulan aku ni.
“Ala, ni ha. Dah jumpa. Maaf Fatin. Suka ja tuduh kau. Hehe..bukan apa, ni memang sengaja. Hehe, sorry,” saje pulak aku buat lawak.
“Hantu la kau ni. Dah jom ambil report patient. Hari ni mesti banyak benda nak kena settle yang semalam pun belum siap lagi. Jom cepat,” arah Fatin.
“Ok. Jom cepat. Eh, Dr Khairul la. Alamak, pagi-pagi nampak dia dah. Handsome pulak tuh. Pakai kemeja biru. Ni yang bagi semangat ni. Spirit.. Give me a spirit ok Dr,” mula dah rasa menggedik dijiwaku.
“Apa la kau ni Alisa. Cakap macam tu. Apa kau ingat Dr tu nak pandang kau ke? Kalau kau comel sangat-sangat pun, takkan dia nak pandang budak baju putih macam kita ni. Ala setakat student macam kita ni ape la sangat. Dah tu dari semester 4 lagi kau suka dia. Tapi hampeh..,”tegur Fatin
“Tak apela. Angan-angan je nak kahwin dengan doctor. Lagipun suka je, tak pa ka? Macam aku tak hafal nama Dr Khairul Adib Ramli tu..ingat ni sejak semester 4 dulu..Hehe,”aku membalas dengan memberi reason taw. Memang betullah aku ni gedik!!
“Ha awak berdua borak apa lagi kat sini. Pergi cepat ambil report sana,”jelas satu suara lantang milik jururawat yang bertugas pada pagi itu. Mencabar juga ya profesion ni. Ini baru pelajar je, bukan dah bekerja. Alamat macam mana la bila dah graduate nanti. Sekarang bolehlah terhegeh-hegeh,nanti kau dah tak ada mase dah nak menggedik macam tu Alisa oii.
Waktu berlalu begitu pantas. Seperti biasa aku dan beberapa rakanku daripada kumpulannya sudah menyelesaikan beberapa tugasan sedari awal pagi tadi. Jam di dinding wad sudah menunjukkan 12.30 petang. Hanya setengah jam lagi waktu makan tengahari. Aku pun tergesa-gesa menyiapkan tugasan.
“Lisa, kau dah ambil ke tahap glukos pesakit yang katil 17 tu? Nampak macam belum lagi kan?,”Tanya Fatin.
“Sekejap weh. Ni aku nak buat laporan dalam fail kuning ni. Tunggu kejap, aku pergi dekat katil pesakit tu.”
Aku segera ke katil pesakit tersebut dan..
“Awak, Alisa, mana laporan tahap glukos pesakit ni? Saya nak diagnosis tahap diabetes dia ni. Tak ada pun. Do it now dan tolong cepat sikit,” kata Dr Khairul yang memamng muka dia tengah serius. Macam nak marah aku pulak. Sabar dulu beb!
“Baik Dr,” balas Alisa dengan sopan sesopannya. Ayu sungguh sifatku yang ‘bertopeng’ sebentar tadi. Malu-malu tertunduk pula. Memang sengaja malu atau sebaliknya, tak dapat nak diinterpretkan. Hehe.
Setelah selesai menyiapkan laporan tersebut, aku segera menyerahkan laporan tahap glukos pesakit tersebut kepada Dr Khairul.
“Terima kasih ye dik. Nasib la hari ni saya ok. Lain kali buat kerja tu jangan lengah sangat ye. Saya lagi banyak nak kena buat report dalam wad ni,”ucap Dr Khairul yang memang marah aku la ni. Hurm..
Memang meningkatkan tahap darah. Ingat nak ucap terima kasih lebih-lebih sikit kat aku tadi. Tapi, kena sindir, lagi suka ke? Sakit hati betul. Dah tu monyok muka ni sampai tak nak makan tengahari.
“Korang pergilah makan. Aku tak lapar pulak.”
“Pulak dah. Tadi kau tu yang sibuk sangat nak makan awal. Tu lar, sekali kena perli dengan doktor kesayangan kau tu, ha ambil kau. Tak nak makan dah,” bebel Shapiqah.
“Jomlah Lisa. Teman aku makan erk. Jomla, ala jangan la macam ni. Kau ni Piqah. Slow sikit mulut kau tu. Dah jom kita pergi,”Fatin segera memujuk aku yang tengah kebengangang selepas kena tegur tadi untuk turut sama menikmati makan tengahari. Aku pun ikut je lah diaorang pergi makan walaupun selera makan dah berubah.
Selesai makan, kitaorang pun cepat-cepatla menggerakkan langkah kaki kembali ke Wad Puteri. Keadaan di perkarangan hospital memang sibuk. Laluan pejalan kaki seperti tidak pernah wujud. Kenderaan banyak yang lalu-lalang. Pemandu pun sama mementingkan diri. Namun berlaku satu kejadian di hadapan koridor laluan utama hospital tersebut.
“Apa ni bro? !!! tau la kau pakai kereta besar. Tak payahla nak tunjuk berlagak parking kat sini. Dah tu tak nak mengaku pula kau dah ambil parking aku ni,”jerita satu suara pemuda yang kelihatannya memang dingin dengan pemuda yang satu ni.
“Sorry encik. Saya nak cepat ni. Nanti lambat pula. Saya ada banyak lagi kerja ni. Saya rasa encik boleh lagi cari parking lain kat sini. Saya pergi dulu la,”kata satu suara lagi.
“Eh, tu macam Dr Khairul kau je Alisa. Apa masalah dia sampai lelaki sorang lagi tu mengamuk. Macam nak ajak gaduh je. Jom kejap kita pergi tengok,” kata Shapiqah.
“Ha la kan, jom weh, macam kecoh je,”aku pun cepat-cepat nak pergi tengok. Yelah kan, nak tolong putera la konon.
Mereka menuju ke tempat kejadian. Nampaknya ramai yang pergi untuk menyaksikan kejadian itu. Mungkin Dr Khairul terpaksa memakirkan kereta dia kat situ. Al maklumlah doctor yang berdedikasi dan handsome nyer..nyampah pun ada kau ni. Ape lar..Dan keadaan semakin kecoh. Aku pun terkejut jugak bila tengok kejadian macam ni. First time ni. Dah tu Dr Khairul ade pulak kat situ.
“Kau ingat pakai Mazda 3 kau ni, senang je ke nak ambil parking aku ha? Baik kau ubah cepat kereta kau kalau ta…..,”pemuda tersebut mula naik panas
“Tunggu dulu encik,jangan kecoh macam ni,”aku pun saje gatal cuba tolong mententeramkan keadaan. Dalam hati,eh Dr Khairul ni macam takut je. Aku pulak berani sakan ni.
“Hei, kau sape erk? Budak-budak lagi dah nak menyibuk hal aku,”marah pemuda itu pada aku. Aik, sedap pulak marah aku. Siap panggil aku budak lagi. Apa la kau ni ‘pemberontak’. Tak nampak ke aku pakai lawa-lawa hari ni. Sedap sesedap mi segera je panggil aku macam tu. Ni memang nak kena ni.
Debushhhh..Ha ambil kau!!! Panggil aku budak kan? Rasakan penangan silat warisan bapa aku yang terbaik ni. Sape suruh kau lawan ‘admirer’ aku ni. Kesian tau tak dia banyak kerja. Oleh sebab itu, rasakan lar kehebatan orang Penang ni. Dush..dush..Best kan encik?
“Eh. Dr ok tak? Ke ada apa-apa ke?,”aku mula ambil hati Dr Khairul ni. Kelakar betul tengok muka dia pucat weh. Yela, agaknya dia tak sangka kot benda ni boleh jadi.
“Kenapa pula nak risaukan saya? Awak tu. Sedap je awak bagi penumbuk pada lelaki tu. Dahla awak tu perempuan. Terima kasih tolong saya tadi. Tapi betul ke awak ok?,”tanya Dr Khairul. Baik pulak dia ni. Dalam wad tadi marah aku.
Ish. Apasal macam tu pulak. Relax. Cair hati ni. Rasa nak pengsan pulak. Tapi kan rasa macam terbalik pulak. Ingat ade la putera raja datang selamatkan Rapunzel macam cerita dongeng aku mase tadika dulu. Bila putera raja tu datang panjat rambut Rapunzel yang panjang berjela tu dan selamatkan dia. Dah tu sekarang tak pun.Eh, berangan pulak kau Alisa. Ni cepat nak sambung kerja dalam wad. Nak kena marah lagi ke dengan jururawat? Setelah keadaan kembali reda, aku dengan sahabat yang lain pun bergegas la ke wad.
Di wad, selesai sahaja tugas kitaorang pada petang tu, kitaorang pun kemas beg beramai-ramai dan pulang ke kolej ketika jam tepat dua petang. Setelah menandatangani buku kehadiran, aku, Fatin dan Shapiqah keluar meninggalkan Wad Puteri.
“Alisa wait a minute,”jelas kedengaran suara Dr Khairul memanggil aku beb!! Aku pun ape lagi. Cepat-cepatla hentikan langkah.
“Yes Dr,”mula pulak aku ni speaking kan. Mestila, kena jawab dalam English beb! Biar Nampak comel sikit…(perasan betul budak ni) sambil di perhatikan Fatin dan Shapiqah dari jauh. Jealous lar tuh. Hehe.
“Thank you for the last incident. Kalau tak ada awak tadi,lagi susah kerja saya hari ni. And by the way, can I have your number?,”soal Dr Khairul.
Eh, ni soalan ape ni Dr? tak pernah dengar pun. Macam tak ada dalam medical term. Tapi, ish ape lar kau Alisa. Bagi cepat nombor kau tu.
“Number? Eh, oh nombor saya ke? Ha, 01 ha lupa pulak. Alamak berapa pulak..erm, 0112345678. Nak buat ape dengan nombor telefon saya ni Dr? Tak apalah,kalau ada masalah telefon saya tau. Hehe, ok Dr, saya balik dulu, bus kolej dah tunggu. Assalamulaikum ye,”kata Alisa. Hei. Dengupan jantung ni memang tinggi tau.
“Cewah kau Lisa. Bagi nombor kat Dr Khairul. Ni apa perasaan ni. Adakah masih disini atau imaginasi ?,”perli Fatin.
“Excuse me. Biasa la, orang macam aku ni never give up beb! Kan doa dah dimakbulkan,”Alisa berkata dengan yakin. Baru je bagi nombor. Entah-entah dia suruh kau tolong dia lagi ape.
Hari yang dilalui seperti hari-hari sebelum ini. Namun aku rasa sedikit kecewa kerana apa yang diharapkan hanya tinggal kenangan. Dr Khairul langsung tidak pernah menghubungi aku sehingga aku tamat daripada pengajian. Tetapi bagi pemikiran yang logik la kan. mungkin beliau sibuk dengan kerjayanya. Tak mengapalah. Biarkan je. Tak perlu kacau beliau.
******
Dan pada suatu hari lepas balik dari wad, aku syif pagi mase tu, handphone aku berdering-dering lagu Love Story dan diangkat.
“Hello, Alisa bercakap,”jawab aku dengan malasnye. Siape la call petang-petang macam ni. Dahla aku penat kerja. Jawab je la kot-kot urgent kan.
“Erm,assalamulaikum. Nasib awak Alisa. Ingat dah tak guna lagi nombor ni. Cuba teka siapa?,”jawab satu suara,
“Eh, tak dapat la nak cam suara siapa ni, tapi macam kenal je. Siapa ye?,”aku mula meneka masa tu.Tapi memang macam kenal.
“Ni saya lar, Khairul. Khairul Adib, lupa la tu,”ujar suara tersebut.
“Oh, Dr Khairul ke. Ye lame tak dengar cerita. Sihat ke sekarang?,”jawab la aku penut terkejut ni. Macam mimpi je ni. Betul ke dia yang call aku? Ke mamat lain?
“Alhamdulillah saya sihat Alisa. Saya nak tanya, awak free tak hujung minggu ni. Jom keluar makan. Bukan ape, saya nak belanja awak makan. Tak lunas lagi hutang saya pada awak mase incident dulu. Kalau awak ok, SMS saya ye? Sorry sebab saya sibuk sekarang,”Dr Khairul berkata.
“InsyaAllah Dr. Ok la Dr selesaikan kerja Dr dulu,nanti saya SMS la ok, assalamulaikum,”ujar Alisa.
Pergh!! Ni memang realiti lar Alisa. Dia ajak kau keluar makan, pergi je, ala bukan duit kau pun. Betul ni tuan putera kau dah sampai. Nasib bukan putera kodok yew Alisa. Setuju je lar. Malam nanti kau SMS la dia taw,,taw,,taw
Hujung minggu tesebut, seperti yang dijanjikan kami berdua ke restoran Jepun. apa lagi. Ingat nak pesan banyak makanan, tapi malu pulak dah. Makan cara Jepun ni kena makan berdepan dengan dia. Makan atas meja Jepun pulak tu. Segan la kan. Ayu sikit weh!!
Tetapi, sepanjang menjamu selera tengahari itu, aku pun tak banyak cakap. Tapi serius weh. Memang handsome betul. Kalau dia tengah tunduk aku ambik chance nak tengok dia. Dengan kulit putih, hidung mancungnyer. Rasa memang nak pitam pulak. Tak sangka dapat jugak aku keluar dengan dia. Bukan senang weh, punya lama aku admirer dia. Ni la saatnyer, cewah.
Selesai menjamu selera, Dr Khairul membayar bil. Jeling jugak berapa bil makan tadi. Memang ‘cantik’ la. Nasib duit dia. Harapkan duit aku, tak payah makan je, habis cerita!! Seterusnya, Dr Khairul segera menghantar aku balik ke rumah sewa aku ni. Ketika dalam perjalanan, aku buat selamba je sambil baca majalah. Dah la duduk debelah dia je.Malu pulak nak borak dengan dia. Tapi jawab la lebih kurang, jaga hati sikit kawan tu.
“Awak baca apa majalah tu? Dari tadi khusyuk je saya tengok,”tanya Dr Khairul yang tidak berpuas hati dengan sikap ketidakselesaan aku ni.
“Ha Dr,ni saya baca artikel jualan barangan kemas ni. Nampak cantik gelang ni. Cincin ni pun. Tapi harga tak payah cakap. Kalau saya, tengok je la. Gambar pun jadi la, nak beli memang angan-angan,”ujar aku yang spontan mase tu. Nak kata apa lagi, jawab je la!
“Oh cincin tu. Memang cantik la, saya pun suka. Kalau awak nak tak pe la,” jawab beliau.
“Ala, Dr tak payah susah-susah la belikan untuk saya, saje saye cakap. Tapi tak nak pun,”balas aku malu-malu. Ala, kenapa kau cakap macam tu Alisa. Macam kau nak sangat pulak cincin tu. Macam tak malu pulak aku ni.
“Eh, bukan saya nak belikan dan bagi pada awak. Tak apa, nanti saya suruh mak saya bagi cincin tu pada awak ye,”balas Dr Khairul.
“Owh, mak Dr nak tolong bagi? Erm, tak kisahla,”ish dalam hati tak paham la weh.
“Tak kan tak faham kot. Fikir-fikir jelah sendiri yew. And by the way, tak payahla panggil saya Dr tu. Panggil name je ok, Nurul Alisa? Comel jugak nama awak,” pujian dari dia tu sambil tersengih-sengih.
Ha! Ambil kau Alisa. Nasib kau tak malu. Sekali mak dia yang bagi cincin kat kau, terbaik la sekarang ni. Kau faham ke tak Alisa? Ala kau ni, tu maknanya dia nak serius dengan kau la. Siap suruh panggil name dia je. Macam romantik pulak. Alamak, merah muka ni. Macam apam merah kat pasar malam yang letak kelapa parut banyak-banyak tu
Oh, yeke? Ish best la. Macam mimpi pulak. Alamak betul ke ni. Ish ye ke. Yelar ni. Yes!!tercapai jua impian aku ni. Ingat dulu angan-angan je nak kat dia. Punya lama sekian lamanya.Tapi betul dah ni. Tercapai hasrat aku. Memang ni la angan-angan si baju putih. Dah jadi kenyataan ye…
0 comments:
Post a Comment